Undang-undang keselamatan sedang disemak, kata PM


Alfian Z.M. Tahir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mengkaji untuk mansuh atau pinda klausa kontroversi dalam undang-undang keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2019.

PUTRAJAYA sedang mengkaji sama ada hendak memansuhkan atau meminda klausa kontroversi dalam undang-undang keselamatan negara, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Mahathir berkata kerajaan akan mempertimbangkan kedua-dua pilihan bagi memastikan kepentingan keselamatan negara dan juga hak asasi manusia.

“Sosma contohnya bertujuan untuk melindung negara daripada sebarang elemen subversif. Namun ada ruang untuk undang-undang itu disalahgunakan.

“Kami sedang mengkaji adakah patut ia dimansuhkan atau klausa dalam undang-undang itu dipinda, supaya kita boleh memastikan kepentingan negara dilindungi dan pada masa sama ia melindungi hak asasi manusia.

“Namun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati dan akan hanya boleh dilakukan selepas kajian terperinci dibuat,” kata Dr Mahathir ketika sesi soal jawab hari ini.

Perdana menteri menjawab soalan Edmund Santhara Kumar (PKR-Segamat) yang bertanya status undang-undang keselamatan di mana kerajaan berjanji untuk memansuhkannya sebelum pilihan raya umum tahun lalu. – 3 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen