Jerman sokong perjanjian damai AS-Taliban hidup semula


Perunding dari Amerika dan Taliban dilaporkan telah mengadakan beberapa perbincangan berhubung rundingan damai itu sejak tahun lalu, namun masih gagal memuktamadkannya.  – Gambar AFP, 30 November, 2019.

JERMAN menyokong hasrat Taliban dan Amerika Syarikat (AS) untuk menghidupkan semula perjanjian damai di Afghanistan yang telah sekian lama terhenti, kata seorang pegawai Jerman pada Jumaat.

“Pada asasnya, kami menyambut baik perjanjian damai (AS-Taliban) - sebagai masyarakat antarabangsa - kami berharap boleh memberi sumbangan untuk membolehkan proses perjanjian damai di Afghanistan dilaksanakan. Inilah matlamat kami,” kata wakil jurucakap Kementerian Luar Rainer Breul.

Sebelum ini agensi berita Anadolu melaporkan Taliban berhasrat mencapai perjanjian damai dengan AS kata Presiden Donald Trump pada Khamis ketika melakukan lawatan mengejut ke Afghanistan untuk meraikan Hari Kesyukuran bersama tentera Amerika. 

Perunding dari Amerika dan Taliban dilaporkan telah mengadakan beberapa perbincangan berhubung rundingan damai itu sejak tahun lalu, namun masih gagal memuktamadkannya. 

Pegawai Jerman turut mengesahkan mengenai perbincangan antara duta khas Jerman ke Afghanistan Markus Potzel dan wakil Taliban di ibu kota Doha, Qatar baru-baru ini.

Breul bagaimanpun tidak memberikan butiran lanjut dan menegaskan perbincangan itu adalah “sulit”.

“Saya mengesahkan bahawa wakil kami telah bertemu dengan Taliban di Doha. Namun tidak dapat mengulas lanjut mengenainya,” katanya.

Jerman memainkan peranan penting dalam usaha diplomatik Barat untuk menamatkan perang selama 18 tahun di Afghanistan. – Bernama, 30 November, 2019.  


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen