Hisham sedia disiasat berhubung pertemuan di rumah Azmin


Hishammuddin Hussein berkata beliau bukan individu yang mengatur pertemuan antara wakil rakyat Umno dengan Azmin Ali malam tadi di rumah timbalan presiden PKR itu di Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2019.

HISHAMMUDDIN Hussein berkata beliau bukan individu yang mengatur pertemuan antara wakil rakyat Umno dengan Azmin Ali malam tadi di rumah timbalan presiden PKR itu di Putrajaya.

Menerusi Twitter, bekas naib presiden Umno itu berkata tidak ada apa yang hendak disembunyikannya dan bersedia untuk disiasat oleh jawatankuasa disiplin parti.

“Tuduhan yang saya mengetuai pertemuan antara Azmin Ali dan ahli Parlimen pembangkang semalam tidak benar sama sekali. Bukan saya yang rancang pertemuan tersebut. Namun, jika lembaga disiplin Umno nak siasat saya, saya sedia disiasat. Tiada apa saya hendak sembunyikan,” katanya di Twitter.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan pagi ini berkata pertemuan antara wakil rakyat Umno dan beberapa pemimpin PKR tidak dipersetujui kepimpinan parti itu.

Difahamkan pertemuan itu antara 22 ahli Parlimen Umno dan enam wakil rakyat PKR.

“Jawatankuasa disiplin menerima beberapa aduan berkenaan pertemuan malam tadi di kediaman menteri hal ehwal ekonomi (Azmin).

“Kita akan siasat perkara ini serta-merta mengikut prosedur parti dan mengambil tindakan sewajarnya,” kata Apandi. – 19 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen