Wong patut diberi bantuan perubatan segera, kata KM Sarawak


Desmond Davidson

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata pakar reformasi pilihan raya Wong Chin Huat yang dilarang memasuki negeri itu sepatutnya diberikan rawatan perubatan segera. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2019.

KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg malam tadi berkata pakar reformasi pilihan raya Wong Chin Huat yang dilarang memasuki negeri itu pada Khamis lepas sepatutnya diberikan perkhidmatan perubatan segera seperti yang diminta.

“Terdapat prosedur operasi standard (SOP) untuk perubatan kecemasan,” katanya ketika ditanya mengenai dakwaan Ahli Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Rayan (ERC) bahawa permintaannya untuk diperiksa dan dirawat oleh doktor perubatan diabaikan oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Wong berkata beliau mengalami sakit kepala yang teruk dan tekanan darahnya meningkat selepas dilarang memasuki negeri berkenaan.

Ketua Menteri berkata Wong sepatutnya diberikan apa sahaja yang diperlukannya. 

Wong semalam mendakwa pegawai imigren “dengan sengaja” mengabaikan risiko keselamatannya dengan memaksanya menaiki penerbangan seterusnya selama 110 minit untuk kembali ke Semenanjung dalam keadaan tekanan darahnya tinggi.

Menyedari beliau berada dalam senarai hitam imigresn di negeri itu, beliau yang tiba kira-kira jam 3.50 petang Khamis dan segera ditemui oleh pegawai imigresen yang memaklumkan bahawa beliau dilarang masuk di bawah Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen. – 16 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen