Tak ada tarikh sebenar serah kuasa pada Anwar, kata Dr Mahathir


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika menghadiri Sidang Kemuncak Asean di Bangkok hujung minggu lalu. – Gambar EPA, 6 November, 2019.

TIDAK ada tempoh masa ditetapkan untuk menyerahkan kuasa perdana menteri kepada Anwar Ibrahim, tegas Dr Mahathir Mohamad buat kesekian kalinya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama akhbar bisnes berpengaruh Financial Times.

Dr Mahathir berkata, beliau adalah satu-satunya individu yang boleh mentadbir Malaysia sekarang namun berjani akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar.

Penemubual Stefania Palma bertanya kepada Dr Mahathir sekiranya beliau akan meletak jawatan pada 2020 “seperti yang dirancang”.

“Tidak. Tidak ada tarikh sebenar atau masa yang dinyatakann. Tetapi masa sebenar yang saya akan berada di sana bergantung kepada masalah yang kita hadapi,” katanya.

“Saya ada pengalaman menyelesaikan masalah kewangan sehingga mereka mahu saya menyelesaikan masalah sebelum saya melepas jawatan,” katanya dalam temubual yang dirakamkan semasa Sidang Kemuncak Asean di Bangkok hujung minggu lalu tetapi baru dikeluarkan hari ini. 

Ditanya sama ada beliau akan menyerahkan kuasa kepada Anwar yang merupakan presiden PKR dan ahli Parlimen Port Dickson, Dr Mahathir menjawab: “Ya, ini janji yang saya buat”.

Menjawab soalan mengenai teori konspirasi bahawa beliau tidak mungkin meletak jawatan katanya beliau telah membuat “kesilapan” pada masa lalu ketika melantik pengganti, “jadi saya tidak mahu melakukan kesalahan kali ini”.

“Jadi anda fikir Mahathir Mohamad adalah satu-satunya orang yang boleh mentadbir Malaysia sekarang?” tanya Palma.

“Pada masa ini, mungkin,” kata Dr Mahathir. – 6 November, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen