PetroSaudi tak pernah bayar RM6.6 bilion kepada 1MDB, kata saksi


Bede Hong Timothy Achariam

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa hutang PetroSaudi kepada 1MDB adalah sekitar AS$2.2 bilion pada 2015. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 5 November, 2019.

PETROSAUDI International tidak pernah membayar sejumlah AS$2.2 bilion (RM6.6 bilion) yang ditanggung oleh rakan usahama 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa hutang PetroSaudi kepada 1MDB adalah sekitar AS$2.2 bilion pada 2015.

Hutang itu merupakan hasil gabungan usaha sama gagal pada 2009, pembiayaan dan pinjaman Murabaha, kata saksi ketika disoal balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah hari ini

Selain membuat bayaran faedah sebanyak RM129 juta, PetroSaudi tidak pernah membuat pembayaran wajib kepada 1MDB, kata saksi berkenaan.

Dalam usahasama dengan PetroSaudi pada 2009, 1MDB telah menyuntik US$1 bilion untuk 40% kepentingan dalam syarikat usaha sama itu.

Lima hari selepas perjanjian usahasama ditandatangani pada 25 September 2009, US$300 juta dibayar kepada PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd dan US$700 juta kepada Good Star Ltd. 

Kedua-duanya kemudiannya didedahkan oleh penyiasat sebagai syarikat palsu, bersama dengan Good Star yang dikawal oleh ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Pendakwa raya telah menuduh Najib berkomplot dengan Low untuk menipu pelabur negeri. – 5 November, 2019.

Berita penuh di sini. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen