Umno-PAS boleh jadi kuasa ketiga, kata Zahid


Alfian Z.M. Tahir

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno dan sekutunya termasuk PAS boleh menjadi kuasa ketiga negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Oktober, 2019.

UMNO dan sekutunya termasuk rakan baharu PAS boleh menjadi kuasa ketiga negara, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk ragu-ragu peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim akan berlaku yang mana akan memberi Umno serta sekutunya peluang menjadi kuasa ketiga.

“Ya, ada yang menunggu kerusi itu. Seseorang lain tidak mahu menyerah. Bagaimanapun kita boleh menjadi ‘pasukan ketiga’. Anda boleh pastikannya.

“40 ahli Parlimen Umno dan BN, selagi kita bersatu. Ada 18 dari PAS. Mereka bersatu. InsyaAllah 19 lagi dari Sarawak, sembilan dari Sabah.

“Orang datang kepada kita, bukan sebaliknya. Biar mereka datang kepada kita kerana kami kuat,” katanya pada majlis Umno di Pahang hari ini. 

Zahid merujuk pada spekulasi bahawa Hishammuddin Hussein yang cuba membuat kerajaan baharu tanpa komponen Pakatan Harapan iaitu DAP dan Amanah.

Pada 15 Oktober PH mengeluarkan kenyataan bersama menggesa Hishammuddin dan sekutunya untuk menghentikan kempen membentuk kerajaan baharu.

Majlis Sekretariat PH berkata mereka memegang teguh pada “muafakat PH” yang secara kolektif dipersetujui oleh PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Amanah dan DAP untuk membentuk kerajaan.

Kenyataan itu dibuat selepas Anwar memberi bayangan di Parlimen bahawa ada plot untuk melaksanakan “kerajaan rahsia” oleh mereka yang ingin melarikan diri dari pihak pendakwa raya.  

Hishammuddin telah menafikan penglibatan mahu membentuk kerajaan tanpa DAP dan Amanah. – 27 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen