2 pendatang ditemui selamat dalam trak di Belgium


Seramai 39 orang ditemui maut minggu ini di sebuah trak sejuk di London selepas kontena tiba dari Zeebrugge. – Gambar DPA, 23 Oktober, 2019.

SERAMAI 20 pendatang ditemui dalam keadaan selamat di dua trak berasingan di Belgium semalam, menurut pendakwa raya tempatan.

11 lelaki, wanita dan kanak-kanak Afrika terutamanya dari Eritrea ditemui di sebuah trak di bandar Saint-Trond, 65 kilometer di timur Brussels, kata pendakwa raya Limbourg.

Trak itu yang dalam perjalanan ke United Kingdom berhenti akibat masalah mekanikal di garaj ketika pendatang berkenaan ditemui.

Sementara itu polis turut menemui sembilan lelaki yang bersembunyi di sebuah trak di Bruges, timur laut Belgium yang dalam perjalanan ke pelabuhan Zeebrugge.

Lelaki yang mengatakan mereka warga Iraq juga ditemui dalam keadaan baik, menurut pendakwa raya West Flanders yang dipetik oleh agensi berita Belga.

Kerana berada berdekatan dengan United Kingdom, Belgium sering menjadi laluan untuk migram dan rangkaian pemerdagangan.

Seramai 39 orang ditemui maut minggu ini di sebuah trak sejuk di London selepas kontena tiba dari Zeebrugge. – AFP, 23 Oktober, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen