TIGA pegawai ditahan selepas empangan lombong emas di Siberia runtuh menyebabkan 15 orang meninggal dunia, kata pihak berkuasa Rusia.
“Ketua syarikat perlombongan emas Sissim, pengurus dan pembaiki jentera tapak perlombongan telah ditahan,” kata Jawatankuasa Siasatan dalam satu kenyataan.
Ketiga-tiga mereka dibawa ke Krasnoyarsk untuk disoal siasat, katanya.
Selain mencatat 15 kematian, enam orang lagi disenaraikan sebagai hilang pada hari Sabtu selepas empangan di Sungai Seiba runtuh dan membanjiri kabin tempat tinggal pekerja.
Jawatankuasa Siasatan berkata serbuan telah dijalankan di premis syarikat berkenaan.
“Pelanggaran prosedur semasa perlombongan emas” itu dianggap sebagai punca utama kemalangan, katanya.
Pihak berkuasa berkata empangan itu melanggar peraturan keselamatan dan mendakwa bahawa pihak berkuasa tidak mengetahui tidak mengetahui akan kewujudannya.
Operasi pencarian dilancarkan sejak kejadian namun cuaca buruk telah menghalang usaha tersebut, kata Kementerian Kecemasan Rusia.
Tragedi terbaru itu menarik perhatian awam terhadap amalan perlombongan di Rusia, yang merupakan antara simpanan emas terbesar di dunia.
Sumber emas diekstrak hampir 300 tan tahun lepas dan kebanyakannya dilombong syarikat-syarikat besar.
Pengeluaran lain juga diperolehi daripada pasukan artisanal yang terlibat dalam pengeluaran aluvium, menggunakan teknik yang dikatakan pakar alam sekitar merosakkan kehidupan sungai. – AFP, 20 Oktober, 2019.
Komen