SEKURANG-kurangnya tiga belas orang terbunuh akibat runtuhan empangan di lombong emas Krasnoyarsk Siberia pada Sabtu, kata Kementerian Kecemasan Rusia.
“Setakat ini, maklumat mengatakan 13 orang terkorban,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pekerja-pekerja empangan itu maut apabila empangan di Sungai Seiba runtuh pada awal pagi Sabtu dan membanjiri beberapa kabin tempat tinggal mereka, kata pihak berkuasa.
Lebih daripada 10 orang dipercayai masih hilang.
Gabenor Serantau Alexander Uss berkata dalam ulasan televisyen bahawa kira-kira 80 orang tinggal di penempatan sementara di selatan bandar Krasnoyarsk.
Penyiasat kejadian berkata 14 pekerja empangan yang lain turut dimasukkan ke hospital.
Lebih 270 orang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, kata kementerian itu lagi.
Pasukan penyiasat berkata mereka telah membuka siasatan di bawah kes jenayah kerana melanggar peraturan keselamatan. – AFP, 19 Oktober, 2019.
Komen