Pentagon kerah 1,000 askar AS keluar dari Syria utara


Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper berkata presiden mengambil keputusan susulan situasi di Syria utara yang semakin tegang. – Gambar EPA, 14 Oktober, 2019.

PENTAGON berkata pada Ahad yang Presiden Donald Trump mengarahkan sehingga 1,000 askar keluar dari Syria utara - hampir seluruh pasukan di negara dilanda perang - ketika serangan Turki semakin intensif terhadap pasukan Kurdish.

Setiausaha Pertahanan Mark Esper berkata langkah itu dibuat selepas Amerik Syarikat (AS) mengetahui Turki terus menekan Syria diluar jangkaan.

Pihak Kurdish yang bekerjasama dengan AS memerangi kumpulan militan Islamic State (IS) kemudian mengumumkan mereka berjaya mencapai kesepakatan dengan rejim di Damsyik untuk mengerahkan tentera Syria berhampiran sempadan bagi menghadapi serangan Turki.

“Tentera Amerika nampaknya terperangkap di antara dua tentera yang bertentangan dan ini situasi yang tidak dapat dipertahankan,” kata Esper dalam program “Face the Nation” di CBS.

“Jadi, saya bercakap dengan presiden malam tadi selepas perbincangan dengan pasukan keselamatan negara lain dan beliau mengarahkan kami mula mengeluarkan pasukan dari Syria utara.”

“Situasi yang sangat dahsyat di sana, keadaan yang disebabkan oleh orang-orang Turki ... Walaupun kami membantah, mereka membuat keputusan untuk menyerang Syria,” kata Esper kepada CBS. – AFP, 14 Oktober, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen