TAUFAN Hagibis meragut korban pertama pada Sabtu selepas ia menyebabkan arahan pemindahan lebih 1.6 juta penduduk di Jepun.
Dikategorikan sebagai “besar dan sangat kuat”, taufan berkenaan turut menyebabkan dua perlawanan piala dunia ragbi dibatalkan, mengganggu perlumbaan Grand Prix Jepun serta menyebabkan 1,600 penerbangan dibatalkan.
Ia dijangka akan membadai kawasan tengah atau timur Jepun pada petang Sabtu, yang membawa angin berkelajuan 216 kilometer sejam, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Namun sejam selepas ia membadai kawasan berkenaan, ia meragut kroban pertama di Chiba, timur Tokyo yang turut dilanda taufan teruk bulan lalu.
“Seorang lelaki berusia 49 tahun ditemui dalam sebuah trak yang terbalik. Dia dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,” kata jurucakap jabatan bomba Ichihara, Hiroki Yashiro kepada AFP.
Hagibis diramalkan sebagai ribut pertama “paling kuat” melanda kepulauan Honshu sejak 1991.
1.64 juta penduduk di kawasa terlibat diarahkan pindah dan pihak berkuasa mengarahkan warga emas, golongan kurang upaya dan mereka yang mempunayi anak kecil untuk pindah lebih awal. – AFP, 12 Oktober, 2019.
Komen