PIHAK berkuasa Perancis menahan seorang suspek lelaki yang disyaki menyimpan harimau kumbang liar di sebuah pangsapuri ketika harimau yang dicuri dari zoo itu diselamatkan pihak berkuasa.
Haiwan liar yang dikatakan berusia enam bulan dengan berat 25-30 kilogram, ditemui di atas bumbung pangsapuri selepas melarikan diri dari sebuah pangsapuri di bandar Armentieres pada 18 September.
Harimau itu ditenangkan dengan ubat pelali dan dibawa ke zoo di Maubeuge berhampiran sempadan Belgium, ia akan dipindahkan ke pusat pemulihan haiwan liar.
Harimau itu walaupun Datuk Bandar Maubeuge Arnaud Decagny memberitahu AFP bahawa “usaha yang perlu” telah dilaksanakan untuk menghindari kejadian itu dengan mengetatkan sistem keselamatan zoo.
Pegawai zoo juga turut melahirkan kebimbangan terhadap kesihatan harimau itu.
Pada hari Selasa, seorang lelaki menyerahkan diri kepada polis dan menjelaskan harimau itu telah melarikan diri dari pangsapurinya.
Suspek lelaki itu kemudian disiasat kerana menyimpan haiwan liar tanpa kebenaran, suspek turut “memotong kukunya,” kata seorang pegawai.
Lelaki itu dimasukkan ke dalam senarai suspek yang dikehendaki polis sehingga dia menyerah diri selepas dinasihati peguamnya. – AFP, 2 Oktober, 2019.
Komen