Daesh mengaku dalang serangan bom ragut 12 nyawa


Kumpulan Daesh terus melancarkan serangan terhadap kedudukan kerajaan di seluruh negara Iraq.– Gambar EPA, 22 September, 2019.

KUMPULAN militan Daesh pada Sabtu mengaku bertanggungjawab ke atas serangan bom yang menyebabkan 12 prang terbunuh di bandar Karbala, Iraq.

Letupan berlaku dalam sebuah bas di pusat pemeriksaan di utara Karbala itu turut menyebabkan lima orang cedera, menurut pihak berkuasa. 

Pasukan keselamatan berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meletakkan bahan letupan dalam bas berkenaan.

Iraq mengisytiharkan kemenangannya terhadap kumpulan Daesh pada 2017 selepas tiga tahun menghadapi serangan yang mensasarkan perhimpunan penganut Syiah.

Kumpulan berkenaan terus melancarkan serangan terhadap kedudukan kerajaan di seluruh negara Iraq, terutamanya di pusat kawalan, namun serangan terhadap penganut Syiah dilihat semakin berkurangan.

Insiden terburuk tahun ini adalah rempuhan di Karbala pada awal bulan ini yang menyaksikan lebih 30 orang terbunuh.

Ribuan penganut ajaran itu dari Iraq, Iran dan India berhimpun di selatan bandaraya berkenaan untuk meraikan hari Asyura. – AFP, 22 September, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen