Semua sekolah di Putrajaya dibuka semula esok


Pengarah Pendidikan Putrajaya Farizah Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata  pada jam 6 petang hari ini, bacaan IPU adalah di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 17 September, 2019.

SEMUA sekolah di Putrajaya beroperasi seperti biasa esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Putrajaya yang semakin menurun.

Pengarah Pendidikan Putrajaya Farizah Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata  pada jam 6 petang hari ini, bacaan IPU adalah di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun.

“Pihak sekolah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semua sekolah di Putrajaya ditutup hari ini selepas bacaan  IPU melebihi 200 mulai pukul 5.00 petang semalam.

Setakat pukul 7.00 petang tadi, Putrajaya mencatat bacaan IPU 179. – Bernama, 17 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen