Hak Sabah dan Sarawak hanya selepas Putrajaya selesaikan hutang, kata PM


Jason Santos

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata negara kini dibebani dengan hutang RM1 trilion dan Putrajaya perlu menyelesaikannya atau didakwa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 September, 2019.

SABAH dan Sarawak perlu menunggu lebih lama sebelum menerima hak pendapatan tahunan dan royalti minyak memandangkan Putrajaya masih menyusun kewangan kerajaan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Negara kini dibebani dengan hutang RM1 trilion dan Putrajaya perlu menyelesaikannya atau didakwa, kata Dr Mahathir kepada media selepas makan tengah hari bersama ahli-ahli Bersatu Sabah.

“Jika kita tak bayar (hutang), kita akan bankrap.

“Jadi kebanyakan kutipan hasil digunakan untuk menyelesaikan hutang yang dibuat oleh bekas perdana menteri Najib Razak,” kata pemimpin berusia 94 tahun itu.

Beliau menambah bahawa Putrajaya perlu berbelanja secara berhemah dan mengikut keutamaan.

Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya tahun lepas untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963.

Hak tersebut termasuk 60:40 hak pendapatan untuk Sabah dan menaikkan royalti minyak dari 5% hingga 20% sama seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Putrajaya telah menubuhkan jawatankuasa peringkat Persekutuan untuk melihat semula terma Perjanjian Malaysia.

Bulan lalu Pejabat Perdana Menteri bersetuju menyelesaikan tujuh isu yang dibangkitkan oleh jawatankuasa itu. – 17 September, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen