LANGSUNG: Saksi berpendapat TIA adalah 'bayi' Najib


Bede Hong Timothy Achariam

PERBICARAAN 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diteruskan hari ini selepas bekas perdana menteri Najib Razak tidak hadir akibat konjunktivitis iaitu jangkitan pada mata minggu lepas.

Peguam utama pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah pada Rabu yang Najib mengalami konjungtivitis sekali lagi kerana kualiti udara yang buruk.

Hari ini, perbicaraan 1MDB masuk hari kelapan dengan bekas pegawai khas Najib, Amhari Effendi Nazaruddin, kembali memberi keterangan untuk disoal balas selanjutnya oleh Shafee.

Mahkamah pada Selasa lalu mendengar bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, rapat dengan bekas isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

Amhari, saksi pendakwaan kelapan, memberi keterangan yang Rosmah menjemput Low hadir ke parti eksklusif di kediaman peribadi di Jalan Duta yang turut dihadiri oleh kerabat diraja dan VVIP.

Mahkamah juga diberitahu yang Rosmah kerap bercakap dengan Low melalui telefon apabila ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu bermesyuarat dengan Amhari.

Saksi memberi keterangan yang Low cuba untuk mendapatkan pegawai kerajaan, termasuk Najib, agar mengatakan beliau tidak terlibat dalam skandal 1MDB setelah berita mengenainya terbongkar pada 2015.

Low didakwa memberitahu setiausaha peribadi utama Najib, Azlin Alias, dan Amhari untuk mengeluarkan kenyataan berserta soalan lazim (FAQ) mengenai pelabur negara itu.

Low secara spesifik mengarahkan mereka memasukkan di dalam FAQ itu bahawa beliau tidak terlibat dalam 1MDB.

Najib berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mengayakan dirinya dengan menerima suapan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Pemimpin berusia 66 tahun itu diwakili sekumpulan peguam bela diketuai Shafee.

Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, mengetuai pasukan pendakwaan. Hakim Collin Lawrence Sequerah mendengar kes.

The Malaysian Insight membawakan siaran langsung prosiding hari ini:

5.10pm: Mahkamah ditangguhkan. Perbicaraan bersambung esok jam 9.30 pagi.

5pm: Laporan tahunan yang dikeluarkan pada September 2008 menyatakan bahawa UBG berminat dengan usaha sama dengan Mubadala untuk melaksanakan projek minyak dan gas di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Amhari berkata dia tidak menyedari apa yang cuba dilakukan oleh Low.

4.47pm: Menjelang Mei 2008, MB Inc cuba menangguhkan penerbitan bon oleh TIA, kata Shafee, merujuk kepada dokumen itu.

Shafee menunjukkan mahkamah dokumen yang ditandatangani oleh Menteri Besar Terengganu Ahmad Said, yang berkata penerbitan bon dilakukan tanpa perwakilan oleh Terengganu MB Inc.

Shafee menyatakan Low telah mengintip saham dalam industri minyak Terengganu, menunjuk laporan tahunan oleh Utama Banking Group yang dimiliki oleh usahawan kelahiran Pulau Pinang.

4.14pm: Shafee merujuk kepada istilah TIA yang dimiliki oleh Terengganu MB Inc dan pinjaman Islamik jangka sederhana dijamin kerajaan mesti mendapat kelulusan Putrajaya.

Beliau juga merujuk kepada terbitan pinjaman jangka sederhana bernilai RM5 bilion, yang dilakukan oleh AmBank dengan bantuan firma guaman Shearn Delamore & Co.

3.08pm: Sequerah bertanyakan mengenai pertanyaan Shafee yang berpusat pada dokumentasi mengenai penubuhan TIA.

Shafee berkata peguam bela cuba untuk membuktikan bahawa TIA tidak dibentuk untuk memenuhi kepentingan Najib dan pada hakikatnya TIA kemudiannya menjadi 1MDB disebabkan oleh beberapa isu.

2.40pm: Shafee meminta Amhari mengesahkan beberapa lagi dokumen, termasuk pelan masa depan untuk TIA.

2.39pm: Prosiding bersambung. Saksi dipanggil semula untuk sesi pemeriksaan balas.

Shafee meminta Amhari merujuk kepada dokumen TIA bertarikh 4 Mei 2009.

Ia adalah surat dari bekas CEO TIA Shahrul Ibrahim Halmi kepada Najib, atas kapasiti Najib sebagai menteri kewangan.

1.09pm: Mahkamah berhenti rehat untuk makan tengah hari. 

12.45pm: Shafee menyatakan bahawa Jho Low berada di mesyuarat untuk mengendalikan TIA.

Amhari: Jho Low berada di sana untuk memudahkan operasi TIA.

Shafee: Anda menggunakan kata-kata samar-samar.

Amhari bersetuju Low berada di sana untuk memudahkan operasi TIA.

12.44pm: Shafee berkata selepas mesyuarat itu, seseorang bertanya siapa Jho Low dan dia terlibat dengan apa.

 Amhari berkata dia tidak tahu. 

12.43pm: Shafee bertanya saksi kenapa Low dijemput ke mesyuarat TIA.

Amhari berkata dia tidak tahu.

Shafee: Anda tidak tahu siapa yang menjemputnya? Anda tidak bertanya?

Amhari: Saya tidak tahu, saya tidak bertanya.

12.32pm: Shafee berkata memo itu tidak dibentangkan oleh Najib dalam kapasiti peribadi tetapi dalam sebagai menteri kewangan.

Amhari bersetuju.

Shafee: Najib tidak mencadangkan apa-apa lagi dalam mesyuarat itu. Dia hanya mencadangkan apa yang disyorkan oleh kementerian.

Amhari: Berdasarkan dokumen itu, ya.

12.28pm: Shafee merujuk kepada minit mesyuarat kabinet bertarikh 1 April 2009 sehari sebelum Najib mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Kedua-duanya hadir pada mesyuarat berkenaan sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Najib, yang juga menteri kewangan pada masa itu membawa memorandum di mana TIA meminta sokongan kerajaan sebanyak RM5 bilion dan RM6 bilion untuk disandarkan kepada royalti minyak.

12.25pm: Shafee meminta siapa yang mencadangkan bank AmInvestment diberi akaun TIA.

Amhari berkata dia tidak tahu:

Shafee: Saya katakan kepada anda bahawa Jho Low telah mencadangkan AmBank kerana hubungannya dengan mereka.

Amhari: Saya tidak tahu.

12.07pm: Shafee bertanya sama ada Amhari dapat mengingat cadangan TIA yang dikemukakan kepada kabinet.

Amhari berkata dia tidak dapat ingat.

Shafee: Anda dilihat lupa banyak perkara.

Amhari: Tetapi ia berlaku pada 2009.

Shafee: Tetapi ada beberapa perkara yang dapat diingat oleh orang lain dan beberapa perkara yang tidak dapat mereka lakukan. Tetapi anda tidak boleh ingat apa-apa. Saya cuba untuk mengetahui sama ada anda benar-benar tidak ingat.

12.04pm: Shafee meneruskan pemeriksaan balas saksi. Amhari mengingat kembali tawaran dari Goldman Sachs dan JP Morgan bagi menaikkan bon untuk TIA. Shafee bertanya jika bank-bank ini dicadangkan oleh Low.

Amhari berkata dia tidak ingat.

12.03pm: Mahkamah bersambung selepas sejam setengah. Peguam Sequerah memasuki bilik. Shafee meminta maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyelidik dokumen TIA.

10.33 am: Shafee meminta masa untuk mengesahkan dokumen yang dikemukakan sebagai bukti.

10.29am: Amhari mengatakan bahawa dia tahu Jho Low terlibat dalam TIA ketika masih muda. 

Tambahnya, beliau percaya yang TIA adalah “bayi Najib” bukannya Agong itu.

10.11 am: Shafee memberitahu saksi bahawa ketika itu Sultan Terengganu merupakan Yang Di-Pertuan Agong telah bersetuju dan sepenuhnya menyokong penubuhan Terengganu Investment Authorities (TIA).

Shafee membacakan minit mesyuarat kabinet di mana Najib membentangkan cadangan itu dalam kertas putih.

Saksi bersetuju dengan Shafee bahawa Agong berada di belakang pembentukan TIA. Lembaga itu juga akan dipilih oleh Agong.

10.03am: Soal balas bermula

9.55am: Saksi pihak pendakwa, Amhari akan disoal balas oleh Shafee.

Pendakwa raya Gopal Sri Ram memberitahu Hakim Sequerah, beliau akan memanggil beberapa saksi untuk tujuan mengenal pasti. Shafee meminta maaf kerana terlambat.

9.52am: Mahkamah kembali bersidang dengan kehadiran semua pihak.

Najib duduk di kandang saksi. – 17 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen