PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad membidas PAS dan Umno yang memeterai kerjasama mereka semalam, mengakui beliau tidak menyangka parti Islam itu sanggup untuk bekerja dengan orang yang dikatakan kafir.
Ketika diminta mengulas mengenai pengisytiharan dua parti itu bahawa kerjasama politik mereka tidak berdasarkan bangsa dan agama, Dr Mahathir menyifatkan piagam muafakat nasional itu ditandatangani di atas dasar kaum dan agama.
“Itu cerita, ia sentiasa mengenai kaum dan agama dan semua itu, tetapi apa yang perlu dibuat, adalah penting.
“Tetapi jika kamu ada di sana untuk membangkitkan perasaan perkauman, saya fikir ia salah,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan The Putrajaya Boat Race 2019, di Putrajaya hari ini.
Beliau turut menyindir dua parti Melayu Islam itu dengan membangkitkan mengenai persengketaan lama kedua-dua parti itu.
“Tetapi saya tidak boleh faham bagaimana Umno boleh bekerja dengan PAS kerana Umno adalah ‘kafir’. Macam mana boleh bekerjasama dengan PAS?
PAS pernah menggelar Umno sebagai sebuah parti kafir ketika menjadi musuh politik sebelum ini.
Turut hadir ada majlis itu isteri Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad dan Presiden Perbadanan Putrajaya Aminuddin Hussin.
Pakatan baru antara PAS dan Umno, dua parti terbesar di negara ini, akan mewujudkan satu barisan pembangkang baru untuk menentang kerajaan PH, yang yang didakwa mereka telah mengabaikan Islam dan umat Islam.
Bagaimanapun, menurut pengkritik, permusuhan antara PAS dan Umno sejak berdekad lalu akan menghalang kemampuan mereka untuk bekerjasama kerana mereka secara tradisinya bersuara untuk pengundi yang sama, Melayu-Islam.
Pemerhati mengatakan pakatan itu akan berdepan masalah untuk memutuskan kerusi Parlimen dan negeri yang akan dipertandingkan parti masing-masing.
Pada pilihan raya umum lalu, Umno memenangi 79 kerusi Parlimen manakala PAS hanya memenangi 18 kerusi. – 15 September Ogos, 2019.
Komen
Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Saidi Said · Ulasan