Malaysia perlu capai industri berteknologi tinggi untuk raih pelaburan China 


Khoo Gek San

Malaysia perlu melangkah ke arah Industri 4.0 dengan beralih daripada industri intensif buruh kepada industri berasaskan teknologi bagi menarik pelauran dari China. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2019.

MALAYSIA perlu beralih daripada industri intensif buruh kepada industri intensif modal dan teknologi bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI) China, kata mereka yang terlibat dalam perniagaan Malaysia-China.

Menurut mereka, China berhasrat untuk melabur di luar negara termasuk dalam syarikat tenaga hijau, kecerdasan buatan dan teknologi 5G.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Ter Leong Yap berkata Malaysia tidak perlu lagi memfokuskan kepada pelaburan dalam industri intensif buruh tetapi mesti mensasarkan kepada teknologi terkini dan syarikat tenaga hijau.

Pelabur dari China mencari peluang untuk membangunkan bidang ini dan Malaysia boleh memulakan langkah ke arah Industri 4.0 atau revolusi peindustrian keempat dengan memfokuskan untuk mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, kata Teo kepada The Malaysian Insight.

Negara ini sudahpun memiliki beberapa peluang, tambahnya.

“Malaysia memiliki bakat dalam pengurusan yang baik. Kemahiran mereka dalam beberapa bahasa dan kemahiran profesional memberi kelebihan kepada mereka.

“Mereka memiliki gabungan nilai Timur dan Barat yang diperoleh menerusi pemerintah pada zaman penjajah, kombinasi yang dicari oleh syarikat.

“Saya percaya pelaburan oleh syarikat berteknologi tinggi di Malaysia, dan sokongan masyarakat, akan menjadikan syarikat Malaysia lebih kompetitif di pasaran global,” kata Ter.

Tumpuan kepada FDI dari China muncul selepas ramalan positif bahawa Malaysia akan melihat aliran masuk yang sihat dari syarikat China pada separuh kedua tahun ini.

Pada setengah tahun pertama 2019 menyaksikan pelaburan dari China bernilai RM4.8 bilion, daripada RM92 bilion keseluruhan FDI dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan sektor utama. Jumlah angka itu mewakili peningkatan 7.6%.

Separuh pertama 2019 menyaksikan pelaburan sebanyak RM4.8 bilion dari China, daripada jumlah FDI dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan sektor utama. Jumlah itu mewakili peningkatan 7.6% berbanding RM85.5 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Pengerusi Dewan Perniagaan Malaysia-China Tan Kok Wai bersetuju dan menambah Malaysia perlu mengalu-alukan teknologi terkini China dan syarikat tenaga hijau dalam usaha untuk melakukan pembaharuan dan menaik taraf industrinya.

Kebanyakan industri pembuatan di negara ini juga telah beralih kepada teknologi pemprosesan terkini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September Ogos, 2019.

Malaysia amat memerlukan pelaburan dalam kecerdasan buatan, internet, teknologi 5G dan teknologi hijau, kata Tan.

Beliau merujuk kepada pusat latihan global Huawei di Cyberjaya dan perjanjian antara Alibaba Group dan kerajaan Malaysia untuk zon perdagangan bebas digital sebagai contoh.

Huawei dan Alibaba turut menyatakan hasrat mereka untuk memacu pembangunan dalam projek bandar pintar di China, kata Tan.

Tan berkata kedudukan geografi Malaysia yang memberi banyak kelebihan, berbanding negara jiran Aseannya yang lain, di pusat kumpulan serantau.

Ia turut menarik pelabur China kerana memiliki kemudahan pelabuhan dan lapangan terbang.

Ia juga mempunyai kestabilan politik dan pemahaman budaya Cina di kalangan penduduknya, dengan sedikit atau tiada halangan bahasa untuk pelabur Cina.

Presiden Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Michael Kang berkata, terdapat penurunan dalam jumlah industri intensif buruh di negara ini.

Industri ini beralih ke luar dari Malaysia ke negara Asia Tenggara lain.

“Industri intensif buruh, seperti kilang pengeluaran dan pembuatan perabot, mula tumbuh di negara Asia Tenggara lain.”

Tambah Kang, dasar buruh di Malaysia juga menjadikan sukar untuk industri intensif buruh bersaing dengan Vietnam atau Indonesia yang mana kos buruh adalah lebih rendah.

Malah industri kecil dan sederhana juga telah beralih kepada teknologi pemprosesan terkini, seperti kecerdasan buatan, dan juga teknologi hijau, tambah Kang.

Beliau menjangkakan lebih banyak perkongsian perniagaan China-Malaysia untuk membuka perniagaan di negara ini, berikutan Mesyuarat Kerjasama Enterprise China-Malaysia 2019 baru-baru ini yang dianjurkan bersama oleh Dewan Perdagangan China  Kedutaan Besar China dan Bank China.

Sebanyak 91 syarikat China, serta 202 syarikat Malaysia menyertai mesyuarat itu, yang memeterai 196 perjanjian untuk kerjasama dan 51 memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan niat sebenar untuk meneruskan perkongsian.

Berdasarkan mesyuarat itu, 10 bidang utama kepentingan ekonomi antara kedua negara termasuk pemprosesan minyak sawit dan eksport, import dan eksport buah-buahan, pemprosesan makanan, alat ganti, elektronik, e-dagang, bekalan perubatan, bahan binaan dan logistik.

Pelancongan juga merupakan sektor yang menarik, termasuk pelancongan perubatan, pelancongan pertanian, eko-pelancongan.

Kang turut menegaskan bahawa industri perkilangan berteknologi tinggi China hari ini mempunyai kandungan saintifik dan teknologi yang sangat kuat, dan syarikat-syarikat China akan berpandukannya untuk menilai pelaburan yang sesuai di Malaysia. – 15 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen