MAYAT bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang mentadbir negara itu selama 37 tahun, diterbangkan dari Singapura ke tanah airnya di Zimbabwe untuk urusan pengebumian.
Mugabe yang merupakan pemimpin gerila mengambil alih kuasa selepas Zimbabwe merdeka dari Britain sehingga beliau digulingkan oleh tentera pada 2017, meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 95 tahun.
Tahap kesihatannya mula merosot selepas digulingkan oleh tentera pada November 2017, sekaligus menamatkan pemerintahan kuku besi.
Mugabe meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke Singaura yang sering dilakukan untuk mendapatan rawatan.
Delegasi terdiri daripada Naib Presiden Kembo Mohadi turut ke Singapura untuk membawa pulang mayat bekas pemimpin itu.
Pada awal Rabu, kereta yang membawa mayat Mugabe meninggalkan rumah mayat di Singapura menuju ke lapangan terbang dan diiringi oleh polis.
Pesawat yang akan membawa mayat bekas pemimpin itu mendarat sejurus selepas itu, kata anak saudaranya Adam Molai kepada AFP.
“Ia baru sahaja berlepas,” katanya menerusi telefon ketika pesawat berkenaan berlepas ke Zimbabwe.
Presiden China Xi Jinping, bekas pemimpin Cuba Raul Castro dan puluhan presiden negara Afrika termasuk dari Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, antara yang dijangka akan hadir pada pengebumian Mugabe di Harare, Sabtu ini. – AFP, 11 September, 2019.
Komen