Video seks libatkan Azmin muncul lagi


Klip dengan tajuk 'Video Terkini Azmin' dihantar ke satu kumpulan bual WhatsApp yang terdiri daripada pengamal media dan ahli politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 September, 2019.

SELEPAS keadaan reda buat seketika, muncul lagi beberapa klip video seks membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di media sosial.

Sama seperti sebelum ini, klip dikongsi dalam kumpulan berbual WhatsApp yang baru dibentuk.

Kumpulan yang mempunyai lebih 80 ahli terdiri daripada pengamal media dan ahli politik berjudul “Video Terkini Azmin”. Ia dibuat pada jam 3.35 pagi hari ini.

Enam klip video berdurasi kira-kira tiga minit dikongsi. Ia seperti suntingan daripada video sama yang dikongsi dengan wartawan pada Jun lalu dan muncul semula di pelbagai saluran, termasuk YouTube.

Ahli politik yang ditambah ke dalam kumpulan itu termasuk Menteri Pertahanan Mohammad Sabu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam juga berada dalam kumpulan itu.

Beberapa siri klip video seks memaparkan dua lelaki di atas katil bersama-sama. Ia dikeluarkan secara berturut-turut apabila skandal didedahkan sebelum nampaknya semakin reda.

Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui beliau individu dalam video itu, dan mendakwa seorang lagi lelaki adalah Timbalan Presiden PKR Azmin. Haziq dipecat daripada parti itu. – 5 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen