Keputusan terhadap SIS tak masuk akal, kata Siti Kasim


Peguam Siti Kasim bidas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Sister In Islam dan menyatakan ia "amat dahsyat".– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2019.

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa dikeluarkan pihak berkuasa agama Selangor bahawa organisasi itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam adalah bahaya kepada orang Islam dan syarikat, kata peguam Siti Kasim.

Mengulas mengenai keputusan hakim Nordin Hassan hari ini untuk menolak cabaran SIS terhadap fatwa oleh pihak berkuasa agama Selangor, Siti Kasim berkata syarikat kini boleh dianggap “Muslim” kerana mempunyai pengarah dan pemegang saham beragama Islam.

“Keputusan ini sangat bahaya kepada semua orang Melayu dan juga syarikat. Sekiranya majoriti dalam syarikat kamu adalah Melayu, jadi ia boleh dianggap sebagai syarikat Islam.

“Ini bertentangan dengan apa yang kita faham kerana syarkat tidak boleh dianggap sebagai agama.

“Ini bertentangan dengan apa yang kita faham kerana sebuah syarikat tidak boleh menganut agama. Tetapi hakim ini mengambil keputusan untuk memutuskan bahawa ini adalah sebuah syarikat Muslim, kerana semua orang di sini adalah Muslim.

“Jika kamu menganggap orang Melayu sebagai pemegang saham maka syarikat kamu boleh dikenakan saman jika kamu tidak mengikuti ‘hukum syarak’.

“Ini adalah permohonan yang sangat jauh menjangkau dan akan memberi kesan kepada orang Melayu lebih daripada yang lain, dan saya fikir orang Melayu harus berhati-hati dan marah terhadap keputusan ini kerana hidup anda berada di tangan orang-orang yang sangat kecil yang dipanggil penguasa agama,” katanya di luar mahkamah.

Video reaksi beliau berhubung keputusan mahkamah itu juga boleh dilihat di laman Facebooknya.

Hakim Nordin Hassan hari ini berkata, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa berkenaan dan digazetkan pada Julai, 2014 berlandaskan enakmen negeri.

Beliau juga berkata fatwa itu terpakai kepada SIS kerana pemegang jawatannya adalah orang Islam.

Fatwa itu mengisytiharkan SIS sebagai organisasi sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam kerana menyokong liberalisme dan pluralisme.

Pada Oktober, 2014, SIS yang didaftarkan sebagai SIS Forum (Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965, memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan itu.

Dalam tuntutannya, SIS berkata di bawah Akta Syarikat, ia adalah syarikat yang terhad dengan jaminan dan tidak terikat dengan keputusan Majlis Agama Islam Selangor dan jawatankuasa fatwanya.

Siti Kasim berkata keputusan mahkamah itu “amat dahsyat” bagi orang Melayu dan kebebasan mereka.

“Ia bukan kebebasan untuk melakukan seks bebas atau apa-apa seperti itu, jika mereka menganggap anda menentang persepsi mereka tentang Islam, mereka boleh membuat fatwa tanpa memberi hak kepada anda untuk menjawabnya.

“Ini yang berlaku kepada SIS.

“Ini adalah satu lagi cubaan untuk mengawal kami, memberi kesan kepada kami. Sesiapa yang mahu jadikan orang Islam sebagai rakan kongsi perniagaan mereka akan berfikir dua kali kerana mereka boleh disaman tanpa sebab oleh orang agama kerana kamu adalah syarikat Muslim.

“Ini gila, ia tidak masuk akal. Saya benar-benar merasakan masa depan orang Melayu menjadi semakin teruk dan semakin buruk dengan jenis orang yang membuat keputusan ini. Ia bertentangan segala yang kita tahu sebagai undang-undang.” – 27 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen