Putrajaya salah guna undang-undang kenakan keluarga saya, kata anak Najib


Nooryana Najwa mendakwa terdapat ahli politik menjadi dalang bagi saman tuntutan RM10.3 juta terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2019.

NOORYANA Najwa Najib menyalahkan kerajaan susulan saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menuntut daripadanya lebih RM10.3 juta cukai pendapatan belum dibayar.

“Saya tidak menyalahkan orang di LHDN kerana saya tahu tangan mereka terikat. Ada ahli politik yang lebih tinggi menjadi dalang hal ini,” kata anak perempuan bekas perdana menteri Najib Razak di media sosial hari ini.

“Hari ini, kerajaan mengatakan saya berhutang RM10.3 juta dalam cukai, penalti, penalti di atas denda dan faedah berdasarkan apa yang dikatakan ‘pendapatan’ dari tahun 2011 hingga 2017,” katanya.

Kerajaan melalui LHDN, menuntut cukai pendapatan lebih RM10.3 juta daripada Nooryana, 30, bagi tempoh 2011-2017.

Suatu writ saman yang difailkan pada 24 Julai menamakan Nooryana sebagai defendan dalam saman menuntut RM10,335,292.36.

Pengurusan kes ditetapkan pada 12 September di depan Timbalan Pendaftar Shah Alam S.S. Malini Anne.

Nooryana berkata bayaran daripada suaminya dianggap salah sebagai “pendapatan” oleh LHDN. – 27 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen