AHLI politik mesti berhenti bercakap mengenai isu perkauman dan agama dan mula fokus pembaharuan ekonomi, termasuk membasmi kemiskinan sepenuhnya, kata kumpulan veteran hari ini.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Mohamed Arshad Raji berkata semua pihak terutamanya kerajaan, harus memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
“Parti pembangkang perlu memainkan peranan mereka untuk menyemak prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH), dan berhenti menggunakan isu kaum dan agama dari sekarang.
“Kita semua mesti berfikir sebagai rakyat Malaysia dan apa yang baik untuk negara kita. Jangan lupa, nasib kita dikongsi bersama,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah bahawa 15 bulan sudah dibazirkan dengan terlalu banyak masa bertelagah mengenai isu agama yang ditimbulkan oleh parti pembangkang, dan pergelutan mendapatkan kuasa dalam gabungan PH.
Ini menghalang usaha yang sepatutnya digunakan dengan lebih baik untuk usaha pembaharuan yang dijanjikan, katanya.
“Kita sekarang berada dalam tahun kedua pentadbiran PH. Perpaduan antara pelbagai kumpulan etnik adalah tidak menjadi lebih baik. Curiga n antara etnik masih tinggi, dan begitu juga antara agama.
“Tahap kepercayaan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap kerajaan persekutuan tidak bertambah baik.” – 25 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini
Komen