Syed Saddiq dikecam selepas muat naik gambar bersama Zakir Naik


Ragananthini Vethasalam

Syed Saddiq memuat naik empat gambarnya bersama Zakir di sebuah rumah termasuk gambarnya makan bersama pendakwah itu dengan beberapa individu lain.– Gambar Twitter, 25 Ogos, 2019.

MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikecam di media sosial apabila ada segelintir netizen menggelarnya “munafik” selepas beliau memuat naik empat gambarnya bersama pendakwah kontroversi Zakir Naik di sebuah rumah baru-baru ini.

Mereka mengingatkan bahawa menteri berkenaan adalah antara yang pertama mengatakan Zakir harus dihantar pulang kerana menyinggung perasaan kaum Cina dan India.

Syed Saddiq dalam satu muat naik di Twitternya berkata, setiap orang membuat kesilapan dan Zakir sudah meminta maaf sambil menambah beliau juga telah membuat kesilapan dan berlapang dada apabila ditegur.

“Tidak perlu nak mendabik dada dan mengeruhkan keadaan lagi. Mari teruskan hidup. Negara ini perlu diperbaiki!,” tulisnya dalam Twitter dengan gambarnya bersama Zakir. 

Memberi respons terhadap Tweet menteri berkenaan peguam dan aktivis Ambiga Sreenevasan berkata, dia kecewa kerana Syed Sadiqq salah seorang menteri kegemarannya.

“Ia satu penghinaan. Anda seorang menteri kegemaran saya dan ini mengecewakan,” katanya. – 25 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen