Panda tertua di dunia sambut ulang tahun ke-37  


Xinxing dilahirkan di wilayah Sichuan pada 1982 adalah generasi panda tertua di dunia  juga merupakan ibu kepada keluarga besar terdiri 137 ekor panda. – Gambar Youtube, 23 Ogos, 2019.

SEBUAH zoo di perbandaran Chongqing di barat daya China hari ini mengadakan sambutan ulang tahun “granny panda” yang berusia 37 tahun bersamaan dengan lebih 100 tahun usia manusia, lapor agensi berita Xinhua.

Xinxing dilahirkan di wilayah Sichuan pada 1982 adalah generasi panda tertua di dunia  juga merupakan ibu kepada keluarga besar terdiri 137 ekor panda.

Anak-anaknya berada di serata dunia lebih 20 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun.

Hari ini Xinxing diraikan di Zoo Chongqing dengan kek hari jadi diperbuat daripada buah-buahan sambil disaksikan lebih 100 peminat panda.

Menurut Pengarah Teknikal zoo, Yin Yanqiang panda yang dianggap umpama selebriti itu berada dalam keadaan sihat.

Seberat 98 kilogram dan setiap hari memakan 30 kilogram batang buluh, 0.5 kilogram daun buluh, satu kiloram epal serta 70 gram makanan yang berproses. 

Xinxing dibawa ke Zoo Chongqing pada usia setahun.

Sebelum ini pernah berada di Calgary, Kanada semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 1988 yang berjaya menarik lebih sejuta pelawat.  – Bernama, 23 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen