PKR serah keputusan status penduduk tetap Zakir kepada pihak berkuasa


Bede Hong

Penceramah kontroversi Zakir Naik baru-baru ini dilarang daripada bercakap di semua medium termasuk di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2019.

PKR berkata mereka akan menyerahkan keputusan status pemastautin tetap Zakir Naik kepada pihak berkuasa selepas penceramah dari India itu dihalang bercakap secara terbuka.

“Kami menyerah keputusan status penduduk tetap beliau kepada pihak berkuasa mengikut jalur hukum dan persoalan kemanusiaan,” kata Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad yang membaca kenyataan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Nik Nazmi berkata, PKR mengalu-alukan langkah polis untuk menyekat Zakir Naik dari bercakap di semua medium termasuk media sosial seperti diumumkan oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador semalam. 

Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata parti itu menghormati keputusan pihak berkuasa dan polis untuk menyekat Zakir Naik menyampaikan ceramah di khalayak umum.

“Walaupun kami menyedari hak untuk berceramah namun ia tidak akan digunakan sebagai forum untuk menyerang mana-mana kaum di negara ini.

“PKR meminta semua pihak menghormati sensitiviti semua kaum dan rakyat. Kenyataan seperti menghina tentera baru-baru ini tidak harus diulangi,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri ahli PKR Chang Lih Kang dan Fahmi Fadzil.

Nik Nazmi merujuk kepada kenyataan dibuat oleh bekas Menteri Besar Sabah Harris Salah dan ahli perniagaan Koon Yew Yin baru-baru ini yang menggambarkan anggota tentera “tidak melakukan apa-apa selain makan dan tidur”. – 21 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen