Kitingan kecewa hanya 7 tuntutan Sabah, Sarawak selesai


Jason Santos

Penduduk Sabah masih menunggu berita gembira dari perdana menteri sempena sambutan Merdeka tidak lama lagi, kata presiden Parti Solidariti Tanah Airku Dr Jeffrey Kitingan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2019.

KETUA pembangkang Sabah Dr Jeffrey Kitingan kecewa hanya tujuh isu dipersetujui selepas lebih setahun jawatankuasa khas dibentuk bagi mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Penduduk Sabah masih menunggu berita gembira dari perdana menteri sempena sambutan Merdeka tidak lama lagi, katanya.

“Jawatankuasa pemandu mengenai MA63 sepatutnya menumpu kepada merealisasikan apa yang sudah sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia tidak bermakna sejak 56 tahun lalu.

“Apa yang kami harapkan dari perdana menteri ialah, sudah tentulah berita gembira, bayaran 40% pendapatan bersih (atau separuh daripadanya) kepada Sabah kerana menurut Perkara 112C/112D Perlembagaan Persekutuan, 20% royalti petroleum, peranan Sabah dalam soal keselamatan dan akhir sekali, lembaga pendidikan untuk Sabah,” kata presiden Parti Solidariti Tanah Airku kepada The Malaysian Insight.

Pada 19 Ogos, Pejabat Perdana Menteri berkata tujuh isu yang dikemukakan oleh Sabah dan Sarawak mengenai MA63 telah dipersetujui, manakala 14 isu masih memerlukan perbincangan lanjut dan dijangka akan diputuskan sebelum 31 Ogos ini.

Tujuh isu tersebut adalah tuntutan duti eksport balak dan hasil hutan; pengedaran gas dan kuasa kawal selia elektrik dan gas di Sarawak; pelaksanaan kerja raya persekutuan dan negeri; tenaga buruh; kuasa negeri ke atas isu kesihatan; pentadbiran Pulau Sipadan dan Ligitan; serta isu pertanian dan perhutanan. – 21 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen