Putrajaya, Sabah dan Sarawak selesai 7 tuntutan bawah MA63


Desmond Davidson

Putrajaya, Sabah dan Sarawak mencapai persetujuan mengenai tujuh daripada 13 hak yang dituntut semula dari kerajaan Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Ogos, 2019.

PUTRAJAYA, Sabah dan Sarawak mencapai persetujuan mengenai tujuh daripada 13 hak yang dituntut semula dari kerajaan Persekutuan, kata Pejabat Perdana Menteri.

Persetujuan dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang keempat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersama 23 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada menteri Kabinet Persekutuan, ketua menteri Sarawak, ketua menteri Sabah dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah pada 23 Julai lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Pejabat Perdana Menteri berkata tujuh isu telah mendapat persetujuan bersama iaitu tuntutan duti eksport balak dan hasil hutan; pengedaran gas dan kuasa kawal selia elektrik dan gas di Sarawak; pelaksanaan kerja raya persekutuan dan negeri; tenaga buruh; kuasa negeri ke atas isu kesihatan; pentadbiran Pulau Sipadan dan Ligitan; serta isu pertanian dan perhutanan.

Kenyataan itu juga menyebut isu pertanian dan perhutanan tidak dibincang di dalam mesyuarat jawatankuasa itu kerana kedua-dua perkara ini sudah sememangnya di bawah Senarai Negeri.

Selain itu, Pejabat Perdana Menteri berkata rundingan seterusnya akan dijalankan bagi menyelesaikan 14 lagi isu - enam berkaitan Sabah dan Sarawak manakala laan khusus kepada Sabah - yang keputusannya akan diumumkan oleh jawatankuasa pada 31 Ogos. 

Mengenai tuntutan duti eskport balak dan hasil hutan, semua pihak setuju isu ini telah selesai berikutan persetujuan delegasi kuasa kepada Jabatan Perhutanan Sabah telah diberi sejak 1 Jun 2017.

Berkenaan pengedaran gas di Sarawak pula, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersetuju menyerahkan kuasa kawal selia pengedaran gas di negeri itu mengikut Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016.  – 19 Ogos, 2019.   

Berita penuh di sini.            


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen