PENCERAMAH Ridhuan Tee Abdullah perlu memperbetulkan fakta mengenai Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) sebelum membuat tuduhan tidak berasas dan pembohongan demi agendanya sendiri.
Pengarah Perhubungan Awam Patriot Wong Ang Peng dalam satu kenyataan membidas Ridhuan kerana didakwa menyebarkan pembohongan menerusi artikelnya bertajuk “Sudahlah Presiden Patriot!” yang mana Ridhuan mengkritik Presiden Patriot Brigedier Jeneral (B) Mohamed Arshad Raji.
“Ridhuan Tee mengulas kenyataan Patriot sebelum ini yang mengkritik bekas presiden Umno Najib Razak kerana secara salah mendakwa ahli Umno berjuang menentang pengganas komunis,” kata Wong dalam satu kenyataan dan menyifatkan artikel berkenaan “cetek dan tidak berasas”.
“Ridhuan Tee, dalam mempertahankan Najib berkata, “pemimpin Umno yang berkuasa dan membuat keputusan ketika itu, oleh itu adalah betul untuk mengatakan ahli Umno terlibat dalam perjuangan menentang komunis.”
Ridhuan juga menegaskan bahawa Arshad cuba mengambil hati Pakatan Harapan untuk mendapatkan kedudukan tinggi dalam kerajaan.
“Dia biadap dan menghina,” kata Wong dalam kenyataan itu.
Ridhuan dikatakan turut menghina Arshad dengan mengatakan beliau bukan wira sebenar jika dibandingkan dengan mendiang Kanang ak Langkauvyang berjaya membunuh lima musuh, menawan seorang musuh dan Kanang sendiri ditembak sebanyak tiga kali dan kehilangan buah pinggang.
Wong menjelaskan bahawa Ridhuan sama ada mendapat fakta yang salah atau berbohong untuk menyampaikan agendanya sendiri.
“Fakta menunjukkan bahawa Ridhuan sama ada berbohong atau memutarbelitkan cerita untuk agendanya sendiri. – 21 Ogos, 2019
Berita penuh di sini.
Komen