Jamal Baju Merah ditahan


KETUA Kumpulan Baju Merah, Jamal Md Yunos ditahan malam tadi susulan tindakan terbarunya yang memecahkan 20 karton bir di luar bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor semalam.

Dia kini disiasat kerana berhimpun secara haram.

“Saya telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis di Sekinchan setelah selesai mesyurat Umno bahagian.

“Bagi saya ianya adalah satu tindakan yang keterlaluan,” kata Jamal menerusi pesanan aplikasi WhatsApp yang dihantar kepada wartawan malam tadi.

Jamal juga mengatakan yang dia mungkin ditahan sehingga Isnin dan masih lagi berada di Balai Polis Shah Alam bersama-sama tujuh rakan yang lain.

“Saya bersama 7 rakan saya masih lagi di tahan di Balai (Polis) Shah Alam,” katanya.

Protes Jamal semalam ditujukan kepada kerajaan Selangor selepas Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengatakan negeri itu akan membenarkan festival arak itu sekiranya penganjur mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Azmin merujuk kepada “Centro German F&B Festival” yang akan menghidangkan alkohol dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Oktober.

Azmin juga mengatakan kerajaan negeri membenarkan acara sebegitu kerana penganjur mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Jamal yang merupakan ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata acara melibatkan alkohol adalah tidak bermoral dan merosakkan orang muda. – 6 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen