6 pengerusi PKR negeri sokong Anwar


Ragananthini Vethasalam

Enam pemimpin PKR negeri mendukung Anwar Ibrahim dan mahu presiden parti itu memastikan janji kepada rakyat dilaksanakan bukannya saling memalukan antara satu sama lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Julai, 2019.

ENAM pemimpin PKR negeri telah menandatangani ikrar untuk memberikan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim untuk memimpin parti itu susulan skandal video seks yang membabitkan timbalan presiden Mohamed Azmin Ali.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada Majlis Pemimpin Negeri yang baru ditubuhkan dan diumumkan hari ini selepas mengadakan mesyuarat pertamanya.

Kesemua mereka ialah Pengerusi PKR Kedah Johari Abdul, Amran Kamaruddin (Perlis), Halim Bachik (Melaka), Azan Ismail (Terengganu), Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan) dan Supardi Md Noor (Kelantan).

Lapan pemimpin PKR negeri yang lain tidak hadir.

Johari berkata, lebih banyak lagi tandatangan akan dikumpulkan untuk ikrar menyokong Anwar dalam satu perjumpaan bersama presiden parti itu di Port Dickson, malam ini.

“Pemimpin yang tidak hadir pada mesyuarat hari ini juga komited untuk menandatangani ikrar berkenaan,” katanya.  

Beliau berkata, kenyataan itu menyokong Anwar sebagai presiden PKR dalam menghadapi apa sahaja usaha untuk melemahkan parti itu.

“Sebagai sebuah parti politik, ada cabaran yang perlu kita hadapi. Ia boleh dalam bentuk kerja, kritikan terhadap kepimpinan atau kecepatan dalam melaksanakan tugas.

“Kami menjadi pembangkang untuk masa yang lama dan menjadi kerajaan baru-baru ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sokongan mereka dibuat susulan penangkapan dalang di sebalik penyebaran klip video seks yang didakwa melibatkan Azmin dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, rakaman seks dua lelaki yang tersebar lebih sebulan lalu hampir pasti tulen tetapi sukar untuk mengaitkannya dengan mana-mana individu seperti didakwa. – 19 Julai, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen