Pengasas majalah Playboy meninggal dunia pada usia 91 tahun


Hugh Hefner meninggal dunia di kediamannya namun tidak diketahui punca kematian. – Gambar EPA, 28 September, 2017.

PENGASAS majalah Playboy, Hugh Hefner meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Menurut laporan News.com yang memetik kenyataan Playboy Enterprises, Hefner meninggal dunia di kediamannya di Playboy Mansion namun tidak menyatakan punca kematian.

Hefner dilahirkan pada 9 April 1926 di Chicago, Illinois yang juga anak kepada pasangan guru Grace Caroline dan Glenn Lucius Hefner. 

Dia mula memperkenalkan majalah lucah itu pada tahun 1953 dan membina empayar syarikat yang terkenal di seluruh dunia. – 28 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Akhirnya....

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ab. Hamid Bakar · Ulasan