Lelaki maut van rempuh lori berhenti


SEORANG lelaki maut, manakala seorang lagi koma, selepas van yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Patau-Patau, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Labuan, Muhamad Farid Ahmad berkata pemandu van yang dikenali sebagai Justin Ngadan Anak Unggin, hanya mengalami cedera ringan.

Tugang Analysis Sigi, 32 dari Sri Aman, Sarawak, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dan mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Nukleus Labuan.

Ketiga-tiga mereka yang dipercayai bekerja dalam industri minyak dan gas, dipercayai dalam perjalanan pulang dari bandar ketika kejadian. – Bernama, 26 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen