Kempen Wise Wan diharap mampu kekang gangguan siber


Salah satu poster kempen Wise Wan yang digunakan untuk menggesa pengguna menghentikan ganguan siber. – Gambar MCCHR, 21 September, 2017.

MALAYSIAN Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) melancarkan kempen #WiseUpWithWan bagi mengekang komen berbaur kebencian di media sosial. 

Kempen yang dilancarkan di bawah inisiatif People Against Cyber Threats (PeopleACT), menyasarkan untuk mengekang jenayah dalam talian, sebarang bentuk ancaman, serta bentuk keganasan dalam talian.

Ia akan mengetengahkan poster JPG Wise Wan, iaitu sebuah karakter untuk menggesa penguna media sosial “untuk lebih bijak dan membuang kebencian” dan “berfikir sebelum menaip dan tidak membiarkan gangguan siber berleluasa”.

“Pengguna internet biasanya merasakan bebas untuk menggunakan sebarang perkataan dan imej untuk memprovokasi pihak lain,” kata ahli kempen PeopleACT Lim Ka Ea.

“Tetapi terdapat satu tahap apabila trolling meningkat melampaui serangan dan mengejutkan kepada gangguan siber atau ancaman siber.

“Dengan kempen #WiseWithWan, kami kamu menunjukkan mesej batahan terhadap mereka yang melakukan gangguan siber, dan menggalakkan netizen memilih perkataan yang akan digunakan dengan bijak dalam usaha untuk mengurangkan kebencian dalam ruang siber.”

‘Kata-kata lebih menyakitkan daripada yang anda tahu’ akan menjadi salah satu tagline yang akan diketengahkan dalam poster JPG yang direka oleh PeopleACT. 

Lim berkata, setiap poster menggesa untuk menghentikan ‘komen kebencian yang memberi kesan mendalam’ dalam dunia gangguan siber. 

“Perkataan seperti ‘perempuan jalang, balik ke negeri kamu’, ‘Kalau saya jumpa kamu, saya akan tembak kamu!’ atau ucapan yang tidak wajar seperti “Itu sangat teruk!’ boleh merendahkan dan membawa kepada kebencian jika tidak digunakan sebaiknya,” katanya. 

Poster berkenaan boleh dilihat di pautan http://cms.lb.my/mcchr-org/sla/wiseupwithwan

MCCHR juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan daripada kerajaan dan bukan kerajaan bagi mengumpul maklumat berhubung isu yang didrafkan tahun lalu sama ada undang-undang Malaysia kini cukup untuk menangani gangguan siber.

Ia memerlukan penyertaan awam dengan menghantar maklum balas mereka sebelum 7 Oktober 2017.

“Disebabkan internet yang bersifat tanpa nama, pelaku gangguan siber merasakan tiada sekatan dan halangan untuk melakukan ancaman kematian, rogol dan komen menghina yang lain.

“Dengan kempen ini, kami berharap ia menjadikan ruangan siber lebih selamat, lebih dihormati dan memberi kuasa kepada rakyat Malaysia melalui pembaharuan undang-undang dan kesedaran awam,” kata Lim.

Kaji selidik yang dijalankan PeopleACT tahun lalu mendapati 400 rakyat Malaysia merasakan komen berbaur kebencian merupakan satu bentuk gangguan siber yang kejam. 
 
Salah seorang daripada enam lelaki, (seorang daripada sembilan orang bagi wanita) pernah dimalukan dalam talian - yang mana butiran peribadi dan gambar mereka didedahkan oleh mereka yang tidak bersetuju dengannya, kata satu kumpulan bebas.

Golongan wanita adalah dua kali ganda cenderung untuk menjadi mangsa gangguan seksual dalam talian (20.9% berbanding lelaki (9.8%), kata kumpulan itu. – 21 September, 2017.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen