Ahli politik masih main isu perkauman 13 Mei, kata ahli akademik


Mustafa K. Anuar

Tanah perkuburan korban 13 Mei menempatkan ratusan mangsa tragedi 13 Mei ketika pilihan raya 1969. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mei, 2019.

JEMBALANG 13 Mei, iaitu rusuhan kaum tragis yang melanda negara dan menyebabkan ratusan meninggal dunia kira-kira 50 tahun lalu, masih digunakan dengan cara tertentu oleh ahli politik Malaysia yang tidak bertanggungjawab bagi merealisasikan agenda tersembunyi mereka, kata ahli akademik.

Felo penyelidikan Universiti Malaya Dr Por Heong Hong berkata selama beberapa tahun, tragedi ini menjadi simbol rusuhan kaum yang berpunca daripada ahli politik rasis berhaluan kanan “yang memutarkannya kembali bagi membangkitkan rasa takut dan kenangan gelap keganasan pasca pilihan raya 1969 dan menggunakannya untuk mengancam rakyat Malaysia supaya mereka mengundi parti politik tertentu dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.”

Beliau menambah bahawa simbol 13 Mei seolah-olah telah kehilangan kuasanya ke atas ramai pengundi Malaysia dengan perubahan kerajaan di negeri-negeri Pulau Pinang dan Selangor pada tahun 2008.

“Bagaimanapun, walaupun jembalang 13 Mei dikunci, ia tidak membayangkan akan berakhirnya politik perkauman kerana banyak ahli politik rasis berhaluan kanan tetap terus menggunakan isu kaum.

“Sebenarnya, kumpulan rasis berhaluan kanan telah mensabotaj banyak usaha pembaharuan selepas PRU14 dengan menggelarkan usaha itu sebagai melemahkan status kaum tertentu.”

Ahli sains politik Dr Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia menegaskan bahawa walaupun 13 Mei masih digunakan oleh beberapa ahli politik dan penyokong mereka sebagai taktik menyebarkan ketakutan, namun wujud beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan terbuka kepada tragedi itu.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, mesejnya masih sama: “kaum Cina perlu tahu tempat mereka dan tidak pijak orang Melayu yang cukup baik untuk biarkan mereka hidup dengan aman dan makmur di Malaysia. Jika tidak, pertumpahan darah akan berlaku seperti apa yang berlaku pada 13 Mei.”

Berkongsi dengan pandangan Azmil, ahli sejarah bebas Dr Ariffin Omar berkata tragedi itu “masih digunakan terutamanya oleh ahli politik Umno Baru yang mahu menggunakan kad perkauman kerana mereka percaya bahawa dengan mengancam orang bukan Melayu dengan rusuhan kaum, mereka boleh bodohkan mereka justeru tunduk kepada mereka.”

Beliau bagaimanapun berkata, PRU14 menunjukkan bahawa jembalang 13 Mei tidak mempunyai kesan kuat terhadap majoriti pengundi - kedua-dua orang Melayu dan bukan Melayu.

“Bagi orang bukan Melayu, mereka tahu bahawa orang Melayu adalah majoriti jadi, tidak kira bagaimana mereka mengundi, kecuali ada perubahan suara dalam undi Melayu kepada pembangkang, maka undi bukan Melayu tidak memberi banyak makna. Orang Melayu juga tidak dipengaruhi oleh tragedi 13 Mei.

“Terdapat kelas menengah Melayu yang tidak kurang jumlahnya di Malaysia dan mereka tidak lagi membeli retorik 13 Mei kerana mereka juga tahu bahawa pengundi Melayu boleh menentukan keputusan pilihan raya umum.

“Pada masa yang sama,” katanya, “orang Melayu kelas menengah tidak lagi menghormati rusuhan kaum kerana ia akan menjejaskan kepentingan ekonomi dan sosial mereka.” – 12 Mei, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen