Sudan Selatan haramkan kelab malam


Kelab malam, bar dan hotel jadi tumpuan kerajaan mengekang kegiataan tidak bermoral di Sudan Selatan. – Gambar AFP, 12 Mei, 2019.

IBU kota Sudan Selatan, Juba akan mengharamkan semua kelab malam dan menghadkan waktu operasi bar yang didakwa berlaku “tindakan tidak bermoral” pada malam hari, kata presiden semalam.

“Kerajaan negeri Jubek sudah mengharamkan semua kelab malam, bar dan persembahan muzik malam di bandar Juba,” kata kenyataan dikeluarkan itu.

Gabenor Jubek Augustino Jadalla Wani dalam sebuah video dimuat naik ke Facebook berkata walaupun kelab malam akan ditutup sepenuhnya, bar akan dibenarkan beroperasi pada waktu terhad dan dilarang beroperasi pada siang.

“Disko akan diharamkan sepenuhnya kerana apa yang berlaku di sana sangat berbahaya kepada masa depan negara,” katanya, menambah yang gadis semuda 13 tahun didapati sering mengunjungi kelab malam.

“Kami serius dan kami akan memastikan disko tidak beroperasi di negara ini.”

Kelab malam adalah salah satu pilihan belia negara itu berhibur.

Wani juga berkata hotel di ibu kota perlu mendapatkan sijil nikah pasangan yang mendaftar di hotel mereka.

Perang saudara Sudan Selatan sudah masuk tahun keenam, walaupun pertempuran makin reda selepas perjanjian damai dicapai pada September. – AFP, 12 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen