Menteri tak cuti pada Hari Pekerja, kata Saifuddin 


Looi Sue-Chern

Menteri-menteri Kabinet dikehendaki kemukakan kertas dasar kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai cara mewujudkan lebih banyak peluang pekerja kepada rakyat esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 April, 2019.

MENTERI-menteri Kabinet tidak akan bercuti pada Hari Pekerja esok untuk mengemukakan kertas dasar kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai cara mewujudkan lebih banyak peluang pekerja kepada rakyat, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata ia telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Saifuddin berkata Dr Mahathir mahu Kabinet adakan mesyuarat untuk berbincang lebih mendalam dan tidak tergesa-gesa.

“Apabila rakyat ada kerja bermakna mereka ada gaji, boleh hidup selesa. Ini jauh bezanya berbanding kita hanya beri bantuan segera, seperti yang kerajaan lama buat.

“Walaupun kita masih beri bantuan kepada yang perlukan bantuan kewangan, kita juga perlu wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, mudahkan pelaburan dan perniagaan.

“Perdana menteri mahu anggota Kabinet beri idea mengenai bagaimana kita boleh kembangkan ekonomi dengan lebih dinamik,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini. – 30 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen