Penjelasan LHDN berhubung laporan ‘SPRM serbu LHDN, syarikat IT siasat kes SSM semalam’


LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian orang ramai berhubung dengan artikel dalam sebuah portal berita tempatan yang bertajuk “SPRM serbu LHDN, syarikat IT siasat kes SSM semalam” yang diterbitkan pada 29 Mac 2019.

LHDNM ingin menegaskan bahawa tiada serbuan seperti yang dilaporkan dalam artikel tersebut, sebaliknya kehadiran pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat LHDNM di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur semalam adalah bagi mendapatkan bantuan LHDNM dalam proses melengkapkan kertas siasatan mereka.

LHDNM amat kesal dengan kandungan artikel yang diterbitkan kerana ia dilaporkan secara tidak tepat seolah-olah menggambarkan LHDNM terlibat sama dalam kes yang sedang disiasat oleh SPRM sehingga menjejaskan reputasi LHNDM sebagai sebuah organisasi yang sentiasa meniktikberatkan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawab sebagai agensi pemungut hasil negara.

LHDNM berharap agar penjelasan ini dapat memberikan gambaran sebenar berhubung dengan isu tersebut. – 29 Mac, 2019.

*Kenyataan dikeluarkan Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen