Dasar tiada peperiksaan perlu diselaras untuk elak gagal, kata pendidik


Andrew Chin

Para pendidik berkata Kementerian Pendidikan perlu secara dekat memantau dan menyelaras sistem Pentaksiran Bilik Darjah yang diperkenalkan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Tiga pada tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2019.

SELEPAS berlaku begitu banyak perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia selama ini, golongan pendidik kini menggesa kerajaan memantau secara dekat sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang tidak berorientasikan peperiksaan.

Melalui sistem baharu ini, tiada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun, sebaliknya kemajuan akademik dan pembinaan siasah murid akan dinilai melalui kaedah penilaian lain.

Para pendidik berkata Kementerian Pendidikan perlu secara dekat memantau dan menyelaras sistem yang diperkenalkan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Tiga pada tahun ini.

Jika tidak, pendidik meramalkan pelaksanaan pendekatan baharu ini akan mengalami nasib sama seperti sistem-sistem yang diperkenalkan sebelum ini.

Presiden Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) Ong Chiew Chuan menyambut baik sistem berasaskan kelas ini, namun berkata ia perlu diperkemas di kalangan sekolah memandangkan terdapat kesubjektifan lebih besar dalam penilaian prestasi murid.

Di bawah sistem ini, murid digred melalui ujian di kelas dan perkembangan pembelajaran mereka dinilai menggunakan pelbagai kaedah berasaskan bukan ujian.

Bagaimanpun, Ong berkata selepas tiga bulan dilancarkan, guru menghadapi masalah mengguna pakai sistem ini dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), yang mana masa lebih banyak masa untuk pelajaran Bahasa Malaysia serta lebih menekankan tugasan berdasarkan projek dan penyelesaian masalah.

“Kementerian Pendidikan tidak memberi latihan komprehensif kepada guru untuk mengusasai KSSR dan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah. Tiada penyelerasan antara agensi-agensi berkaitan, menyebabkan sekolah tidak pasti apa yang perlu dibuat,“katanya, merujuk kepada kurangnya latihan sebelum PBD ini dilancar.

“Akhirnya, guru dibebankan lagi dengan kerja-kerja pentadbiran,” kata Ong.

Melalui sistem Pentaksiran Bilik Darjah, tiada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun, sebaliknya kemajuan akademik dan pembinaan siasah murid akan dinilai melalui kaedah penilaian lain. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mac, 2019.

Seorang guru besar sekolah rendah yang mahu namanya dirahsiakan memberitahu The Malaysian Insight, guru yang mengajar Tahun Satu hingga Tahun Tiga perlu mengesan dan menilai murid melalui penyertaan dalam kelas, motivasi dan markah ujian dengan memberi ujian untuk menilai perkembangan urid secara berkala.

Seorang lagi guru besar yang ditemu bual menyambut baik pemansuhan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun, tetapi pada masa yang sama bimbang adakah kementerian mengawasi guru untuk memastikan sistem PBD ini dilaksanakan dengan betul.

Beliau mendedahkan, semua sekolah sudah menghantar wakil-wakil mereka untuk menjalani latihan berkenaa sistem baharu itu sebelum ia dilancarkan pada Januari lalu. Tetapi timbul persoalan apakah guru-guru sekarang ini menjalankan tugas mengikut sistem itu.

“Kami bimbang kalau ada kekurangan dalam penyediaan pelaksanaan, dasar baru ini akan gagal memenuhi sasarannya,” kata guru besar itu.

KSSR yang dilancarkan pada 2011 mendapat rungutan dari kalangan guru-guru berikutan sekolah belum cukup bersedia dan kementerian tidak memberi cukup masa kepada guru untuk menguasai kurikulum tersebut. Ia kemudin disemak semula pada 2017.

Tahun lalu, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Tiga akan dimansuhkan untuk mengembalikan semula prinsip sistem penilaian berasaskan sekolah.

Ong turut berkata walaupun sistem penilaian berasaskan sekolah dan bilik darjah lebih positif berbanding sistem berasakan peperiksaan, Kementerian Pendidikan masih perlu membangunkan satu indikator (penunjuk) bagi mengukur presatsi sekolah.

“Peperiksaan dan prestasi akademik masih jadi penunjuk penting untuk kementerian menilai presatsi sekolah. Bagaimanapun, ini bertentangan dengan objektif KSSR, jadi kementerian perlu melihat dan mengkaji serta mengambil tindakan untuk menambah baik.” – 27 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen