KOMEN yang dibuat oleh Nazri Aziz iaitu semangat kepelbagaian kaum dalam Barisan Nasional (BN) kini musnah tidak memberi sebarang kesan kerana beliau tidak mempunyai “locust standi” untuk membuat komen bagi parti itu, kata Naib Presiden MCA Ti Lian Ker.
Menurut Ti, setiausaha agung BN itu bukan bercakap bagi pihak semua orang dalam parti.
“Parti ini bukan hanya tentang Nazri, beliau tiada ‘locust standi’ untuk cakap apa-apa. Beliau bukan parti, ada juga orang dalam parti yang tak suka beliau,” Ti memberitahu The Malaysian Insight.
Beliau juga berkata Nazri terperangkap dalam zaman 70-an dan 80-an, ketika masih jadi menteri. Ini bukannya zaman bagi warlord (hulubalang) dalam parti, sebaliknya ini adalah zaman untuk mereka yang membangunkan parti, katanya.
“Beliau masih ingat ini zaman 70-an dan 80-an semasa belia jadi menteri. Zaman ‘warlord’ dan berakhir, ini zaman untuk orang yang membangunkan parti,” kata Ti.
Ti merujuk kepada komen Nazri hari ini bahawa semangat kepelbagaian kaum dalam BN yang diamalkan sejak 1969 musnah apabila Umno dan PAS memeterai kerjasama mereka secara rasmi semalam. – 6 Mac, 2019.
MENYUSUL
Komen