Muhyiddin cabar Nazri saman Pakatan jika gagal lindungi hak Melayu


Christopher Rabin

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata Setiausaha Agung BN, Mohamed Nazri Aziz sepatutnya memberi tumpuan kepada isu amanah berbanding kaum. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2019.

JIKA Pakatan Harapan (PH) gagal melindungi hak Melayu, maka Mohamed Nazri Aziz sepatutnya menyaman kerajaan, kata Muhyiddin Yassin semalam.

Menteri dalam negeri itu mencabar setiausaha agung Barisan Nasional (BN) yang mengkritik PH kerana melantik bukan Melayu sebagai ketua hakim, peguam negara dan menteri kewangan dalam ceramahnya di Beranang, Semenyih, pada Sabtu.

“Apa pun yang dilakukan oleh PM tidak bertentangan dengan Perlembagaan. Nazri adalah seorang peguam. Jika kami bercanggah dengan Perlembagaan, sila bawa kami ke mahkamah,” kata presiden Bersatu itu pada sesi bertemu rakyat di Sungai Kembung Hilir menjelang pilihan raya kecil (PRK) Semenyih pada Sabtu.

Empat parti dalam PH pertama kali menandatangani komitmen untuk memastikan empat perkara yang merangkumi Perlembagaan - kedudukan istimewa orang Melayu; status raja-raja Melayu; Islam sebagai agama negara; dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, katanya.

Berbanding kaum, Nazri sepatutnya memberi tumpuan kepada masalah amanah, kata Muhyiddin, menunjuk kepada banyak kes mahkamah yang berkaitan dengan pentadbiran BN bekas perdana menteri Najib Razak.

“Siapakah bekas menteri kewangan kita? Najib Razak. Beliau Melayu tetapi melakukan jenayah terhadap orang Melayu. “

Muhyiddin berkata pelantikan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan bukan sesuatu yang baharu kerana Henry Lee Hau Shik dan Tan Siew Sin memegang jawatan yang sama di bawah Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.

“Ya, beliau mempunyai kuasa tetapi perlu mendapat persetujuan PM dan konsensus daripada Kabinet, terutama ketika melaksanakan sesuatu yang berkaitan dengan pembiayaan.”

Muhyiddin menggesa pengundi memberi PH lebih banyak masa untuk menunaikan janji manifestonya kerana ia mewarisi banyak isu daripada BN.

“Kami cuba menyelesaikan masalah hutang (lebih daripada RM1 trilion), membawa masuk pelaburan dan pekerjaan, membantu golongan yang memerlukan dan B40. Kami mencari cara untuk menyelesaikan isu kos sara hidup.

“Tetapi anda tidak boleh bandingkan kami dengan BN, kami melakukan sahaja mengikut kemampuan kami kerana kami tidak mencuri.”

Nazri pada Sabtu juga menuduh PH lemah sehinggau sanggup menyerahkan orang Melayu kepada orang lain.

Beliau kini sedang disiasat kerana menghasut.

Nazri berkata pandangannya disalah tafsir oleh saluran media pro-kerajaan bagi menggambarkan beliau sebagai seorang yang rasis. – 27 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen