PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad tak perlukan sokongan PAS untuknya terus kekal mentadbir negara.
Katanya, beliau hanya memerlukan sokongan lebih 50% wakil rakyat sedia ada dan jumlah wakil rakyat Pakatan Harapan adalah lebih daripada itu.
“Saya perlukan sokongan sekurang-kurangnya lebih 50% wakil rakyat. Saya tak perlukan sokongan PAS kerana PH ada lebih separuh kerusi dalam Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kilang baharu Metrod Holdings di Klang hari ini. – 25 Februari, 2019.
Komen
Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Roger 5201 · Ulasan
Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Roger 5201 · Ulasan