Hadi beritahu saya PAS tidak sokong BN di Semenyih, kata Dr Mahathir


Sheridan Mahavera

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapannya pada pelancaran Dasar Komuniti Nasional di Taman Puchong Indah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 17 Februari, 2019.

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berkata PAS memberitahunya bahawa mereka tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, walaupun ada pemimpin kanan parti pembangkang itu hadir di pusat penamaan calon memberi sokongan pada BN.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberitahunya dua hari sebelum ini dalam satu pertemuan antara mereka, bahawa parti Islam itu tidak akan menyokong BN, yang bertanding melawan PH pada PRK Semenyih.

Beliau berkata Hadi memberitahunya PAS menyokong BN pada PRK Cameron Highlands kerana calon PH adalah daripada DAP.

“Tetapi kali ini, ia bukan DAP yang bertanding, jadi mereka kata tidak akan sokong Umno. Tetapi kemudian kita nampak pemimpin mereka semalam (di pusat penamaan calon).

“Jadi saya terpaksa dedahkan butiran mesyuarat kami,” kata Dr Mahathir kepada wartawan di Puchong Indah, hari ini. – 17 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen