Forest City tidak dibina di atas tanah rizab, kata Exco Johor


Andrew Chin

Tan Hong Pin berkata Forest City bukan dibina di atas tanah simpanan memandangkan tanah itu sudah diwartkan dua tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2019.

KELAB Golf Forest City bukan dibina di atas tanah simpanan memandangkan gazet tanah itu sudah ditarik dua tahun lalu, kata Exco Johor Tan Hong Pin.

 

Tan berkata, kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pada 2017 mengumumkan gazet untuk menyimpan hutan bakau di mana tapak resort yang sedang dalam pembinaan sudah ditarik balik.

“Tidak ada lagi pokok bakau di sana. Semua pokok ditebang dan kawasan itu kini menjadi pusat peranginan.

“Isu ini sudah dibangkitkan dua tahun lalu dan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Pembangunan Forest City menimbulkan kontroversi dan yang terbaru berkenaan pembinaan resort golf yang dilaporkan di atas tanah rizab bakau di Sungai Pulai.

Difahamkan resort golf ini mengambil lebih dari 1,200 hektar dan mempunyai 18 lubang bertaraf dunia selain sebuah hotel bertaraf lima bintang.

8,334 hektar paya bakau di sekitar Sungai Pulau hampir dua kali ganda saiz Putrajaya diwartakan sebagai tanah rizab pada 1962.

Kawasan ini juga disenaraikan sebagai kawasan paya kritikal di bawah Konvensyen Ramsar pada 2003.

Laman web rasmi Konvensyen Ramsar mengatakan Sungai Pulai adalah hutan bakau terbesar di Johor dan menyokong ekosistem yang kaya serta pelbagai.

Ketua Strategi Forest City Ng Zhu Hann berkata, dia menolak laporan media yang banyak melaporkan fakta tidak tepat berkenaan resort berkenaan.

“Kami tidak akan memberi komen mengenai artikel itu kerana ia mengandungi banyak maklumat tidak tepat.

“Kerajaan Johor akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, laporan itu juga memetik laman web bukan rasmi Forest City.

“Saya juga enggan mengatakan jika Forest City atau kerajaan negeri kini memiliki tanah di mana resort golf itu dibina,” katanya.

Tambahnya Forest City memperoleh tanah itu secara sah dan mempunyai hak milik perindustrian dan komersial serta memperoleh semua kelulusan. – 15 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen