20 pembeli berminat dapatkan Equanimity


Broker jualan kapal layar mewah Equanimity pada masa ini sedang berunding dengan 20 pembeli yang berminat dari seluruh dunia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Februari, 2019.

BROKER untuk jualan kapal layar mewah Equanimity pada masa ini sedang berunding dengan 20 pembeli yang berminat dari seluruh dunia, menurut laporan Bloomberg.

Rupert Nelson, ketua broker untuk pakar kapal layar Burgess, berkata pembeli yang berminat itu dari Timur Tengah, Rusia dan beberapa negara Asia.

Burgess ialah broker tunggal untuk penjualan kapal layar sepanjang 300 kaki itu yang turut dilengkapi gimnasium, kolam renang, galeri, salon kecantikan dan pad helikopter.

The Equanimity dijual pada penghujung 2018 tetapi Putrajaya gagal mendapatkan pembeli bagi kapal bernilai AS$250 juta itu.

Kerajaan kemudian mengumumkan harga kapal mewah itu akan disemak semula pada nilai hampir separuh daripada kos anggaran, dengan harga panduan pada AS$130 juta.

“Sesetengah pembida oportunis dengan harga mereka,” kata Sitpah Selvaratnam, konsultan di firma guaman Tommy Thomas dan penasihat bagi transaksi itu.

“Pada masa sekarang, mandat yang diterima ialah tidak berunding untuk harga di bawah AS$100 juta,” kata Selvaratnam dipetik oleh Bloomberg.

Bekas pemilik kapal layar itu, ahli perniagaan yang kini dalam pelarian Low Taek Jho, dipercayai dalang utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penjualan bot itu yang memerlukan pembiayaan AS$500,000 sebulan daripada Putrajaya untuk kos penyelenggaraan, antara usaha untuk mendapatkan semula wang dipercayai diselewengkan daripada 1MDB oleh Low dan beberapa rakan subahatnya.

Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman untuk menyita aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa diperoleh menggunakan wang diselewengkan daripada 1MDB. – 5 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Sebaiknya kapal berkenaan terjual dengan segera agar kerajaan tdk perlu menanggung kos penyelengaraan kapal berkenaan

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Adam Adli · Ulasan

  • Diharap penjualan kapal equanimity ini berjalan lancar dan hasil penjualan kapal tersebut akan memberi pulangan terbaik utk negara.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Balkis bakar · Ulasan

    • Seharusnya pulangan dari hasil jualan kapal ini akan membantu kerajaan kita untuk merancang yang terbaik dan menggunakan dana tersebut sebaik mungkin.

      Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Mikail Ahmad · Ulasan

  • diharapkan isu kapal Equanimity ni dpt diselesaikan dgn segera dan tak perlu dikaitkan dgn negara kita sekiranya tdk berkaitan...

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Rizal Akmal · Ulasan

  • sekiranya hal kapal ini tdk berkaitan lbh baik fokus diberikan kpd pembangunan dan ekonomi negara...

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Rizal Akmal · Ulasan

  • Apabila selesainya isu ini diharapkan pihak kerajaan dpt fokuskan untuk mengembalikan semula pentadbiran Malaysia kearah yang lebih baik

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Farhana Misbun · Ulasan

    • Setuju, apabila isu kapal ini selesai kerajaan boleh memberi tumpuan kepada pentadbiran yang sedang membangun.

      Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Mikail Ahmad · Ulasan

    • itulah yg kita harapkan... jika ada yg membeli kapal ni... dan semoga proses penjualan kapal berjalan lancar dan seterusnya negera dapat menumpukan perhatian kpd perancangan utk kemajuan negara

      Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Fifi Mohd · Ulasan

  • Baguslah kalau ada pembeli yang berminat. Keputusan untuk menjualnya satu keputusan yang baik memandangkan Malaysia dihujani dengan kontroversi yang melibatkan kapal equanimity.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Malek Nor · Ulasan

    • nk biaya penyelengaraan bulanan juga cukup tinggi dan membazir..tiada keperluan utk disimpan terlalu lama..harap urusan jual beli dijalankan secepat mungkin dan dalam keadaan baik..

      Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Malek Nor · Ulasan

  • Dengan penjualan kapal ni, kerajaan boleh bayar hutang yang ada. Makin lama disimpan makin banyak susut nilai. Langkah kerajaan untuk menyegerakan penjualan kapal ni memang terbaik.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Malek Nor · Ulasan

    • kerjasama semua pihak juga bagi memastikan proses penjualan kapal ini amat baik... pihak pentadbiran negara juga memainkan peranan dengan baik... dengan terjualnya kapal ini, dana itu boleh lah menampung apa yg sepatutnya utk kebaikan negara.

      Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Fifi Mohd · Ulasan

  • Bila urusan penjualan kapal ini berjaya diharap wang tersebut boleh digunakan utk membayar hutang-hutang negara terlebih dahulu. Supaya hutang tersebut berkurang jumlahnya.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Farouk ramli · Ulasan

  • Jual equanimity bukanlah satu tugas yang mudah. Segala proses tinjauan,rundingan dan kerjasama perlu dijalankan dan dilakukan dengan baik. Kita tidak mahu akan ada masalah dikemudian hari

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Farhana Misbun · Ulasan

    • betul tu..tapi biarlah dibida dgn jumlah yg tinggi..negara telah menanggung kerugian yg tinggi dgn kapal ini..harap yg terbaik utk penjualan kapal ini supaya hasil jualan dapat disalurkan pada kos hutang dan pembangunan negara..

      Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Malek Nor · Ulasan

  • Kerajaan tak perlu menanggung kos penyelenggaraan kapal tersebut sekiranya ada pembeli yang sanggup membelinya. Dan diharapkan selepas kapal ini terjual, negara tidak akan mendapat kritikan atau dikaitkan dengan kapal equanimity lagi.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Balkis bakar · Ulasan

  • Makin lama disimpan, semakin susut nilai kapal tersebut. Tambahan pula, kos penyelenggaraan kapal ini sangat tinggi. Keputusan utk menjual kapal tersebut adalah satu keputusan yg betul. Kita berharap agar penjualan kapal tersebut berjalan dgn lancar dan isu yg membawa byk kontroversi ini dpt diselesaikan dan tidak menjadi bahan perbualan dan sindiran dikemudian hari.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Farhana Misbun · Ulasan

  • Kos penyelenggaran dah lah tinggi kalau kita sentiasa nak menanggungnya.Semoga aktiviti jual beli ini dipermudahkan. Dan diharap tiada masalah berlaku untuk masa akan datang. Semestinya penelitian sudah dijalankan sebelum membuat sesuatu keputusan

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Farhana Misbun · Ulasan

  • Kos penyelenggaran dah lah tinggi kalau kita sentiasa nak menanggungnya.Semoga aktiviti jual beli ini dipermudahkan. Dan diharap tiada masalah berlaku untuk masa akan datang. Semestinya penelitian sudah dijalankan sebelum membuat sesuatu keputusan

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Farhana Misbun · Ulasan

  • Lagi cepat dijual lagi bagus sbb kita nk mengelakkan susut nilai berlaku ke atas kapal tersebut dan kita bimbang kpd kemerosotan fizikalnya yg sentiasa dan mudah terdedah kpd unsur laut dan cuaca.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Farhana Misbun · Ulasan

  • bagus jika ada yg berminat utk membeli kapal equanimity..setidaknye negara tidak terbazir utk kos penyelengaraan bulanan kapal tersebut yg sgt mahal..

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Malek Nor · Ulasan

  • Diharapkan proses penjualan ini dpt dipercepatkan. Selain dgn alasan utk mengelakkan kos penyelenggaraan dan penjagaan kapal yg semakin meningkat, kita nk kerajaan lebih memberikan tumpuan terhadap isu-isu ekonomi dan negara yg belum selesai. Byk agenda perlu dilakukan drpd menumpukan perhatian terhadap isu ini.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Farhana Misbun · Ulasan

  • jangan di tunggu ,ia boleh membawa kpd kemudaratan kpd negara dgn kos penyelenggaran setiap bulan yg kerajaan tanggung.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Fifi Mohd · Ulasan

  • dengan terjualnya kapal ni... kerajaan tidak akan menanggung kos penyelengaraanya...

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Fifi Mohd · Ulasan

    • semakin cepat ianya terjual, lebih elok kerana jika ianya lama tersimpan susuk nilainya jualanya... kerajaan pun tak perlu tampung kos penyelengaraan.

      Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Fifi Mohd · Ulasan