Isu Melayu terus menjadi dilema DAP


Chan Kok Leong Andrew Chin

Lim Kit Siang berkata DAP memerlukan masa dan usaha untuk menentang politik kaum, agama, penipuan, kebencian dan ketakutan dimainkan pihak pembangkang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 3 Februari, 2019.

VETERAN DAP, Lim Kit Siang, tidak gembira dengan hasil kajian yang menunjukkan 60% pengundi Melayu berpendapat parti pelbagai kaum tetapi dengan majoriti kaum Cina itu mengawal Pakatan Harapan (PH).

Inilah naratif yang sekian lama DAP cuba bukti sebagai tidak benar. Lim sendiri dituduh melindungi cita-citanya untuk memimpin negara.

Sebelum DAP berkuasa, pihak lawan mendakwa beliau berhasrat menjadi perdana menteri. Selepas PH mengambil Putrajaya dan Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri, pesaingnya terus menyebarkan cita-cita beliau, termasuk untuk mempunyai kedudukan Kabinet.

Penipuan terkini adalah semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands yang beliau membentangkan usul untuk menghapuskan perkataan “Melayu” dan “Islam” daripada Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam PRK itu, mesej mengatakan saya saya anti-Melayu dan anti-Islam. Mereka berkata saya mengusulkan di Parlimen untuk menggugurkan perkataan ‘Melayu’ dan ‘Islam’ daripada Perlembagaan. Tetapi ini tidak benar dan tidak pernah berlaku.

“Mereka berjaya menggambarkan Lim Kit Siang sebagai syaitan dan raksasa,” kata ahli politik berusia 77 tahun itu dalam temu bual dengan The Malaysian Insight.

Ditanya mengapa PH gagal membuat kemajuan dengan pengundi Melayu di Jelai, kawasan pilihan raya di bawah Cameron Highlands, Lim berkata kerana kekurangan taktik, Umno dan PAS memilih menggunakan “politik kaum, agama, penipuan, kebencian dan ketakutan”.

“Sepuluh tahun yang lalu, Jelai tidak dapat diakses walaupun sekarang ada jalan menuju ke kawasan itu. Ia adalah salah satu daripada tempat yang sangat pedalaman.

“Ia akan mengambil sedikit masa (untuk PH) menembusi kawasan ini. Saya bersetuju kita tidak begitu membuat sebarang kemajuan ... hanya peningkatan sebanyak 1-2%. Ia juga penting.”

Lim Kit Siang berharap dapat melihat Malaysia baharu yang demokratik, kompetitif, adil dan bersatu. - Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 3 Februari 2019.

Dua isu utama dibangkitkan pengundi Jelai adalah kesangsian terhadap PH yang cubaan mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan rusuhan pada November di kuil Hindu Seafield, Subang Jaya.

Kelompok nasionalis Melayu dan pembangkang, yang diketuai oleh Umno dan PAS, menggambarkan ICERD sebagai ancaman kepada kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan, sementara rusuhan itu mempunyai unsur perkauman walaupun pertikaian itu adalah berhubung penempatan kuil.

“Ia boleh ditangani dengan cara lebih baik,” kata Lim bersetuju. – 3 Februari, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen