
POLIS belum menerima laporan atau aduan berhubung kebocoran data peribadi sejumlah 1.165 juta mahasiswa yang berdaftar dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Polis memberitahu The Malaysian Insight, kes kebocoran data peribadi disiasat oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan sehingga kini, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kes itu.
UiTM mengesyaki maklumat pelajarnya itu bocor ke Internet akibat tindakan pihak tertentu tetapi bukan disebabkan penggodaman.
Naib canselornya Profesor Emeritus Dr Hassan Said berkata demikian bagi mengulas laporan blog lowyat.net berhubung kebocoran data peribadi lebih sejuta pelajarnya ke dalam talian.
Katanya satu siasatan terperinci akan dijalankan berhubung isu itu.
Kebocoran data berkenaan dilaporkan melibatkan maklumat para mahasiswa di kampus utama Shah Alam dan juga 13 kampus negeri seluruh negara. – 26 Januari, 2019.
Komen