Balas sokongan BN dengan undi Ramli, kata Adun PAS


Christopher Rabin

Ceramah bersama PAS dan Umno untuk Barisan Nasional malam tadi di Felda Sungai Koyan 1 menampilkan nama besar Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Wan Rosdy Ismail serta lapan Adun PAS di Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 23 Januari, 2019.

PENGUNDI PAS adalalah penentu di Cameron Highlands dan wajar “membalas sokongan” Barisan Nasional di Pahang, kata Adun Liut Mohd Sofian Abdul Jalil.

Wakil rakyat PAS itu berkata lapan Adun parti Islam itu menang kerusi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kerana sokongan penyokong Umno dan masanya untuk membalas budi mereka pada pilihan raya kecil Sabtu ini.

“Kita adalah ‘kingmaker’ dan kita ada undi penentu untuk siapa akan menang, jadi undilah untuk BN,” katanya pada ceramah di Felda Sungai Koyan 1 malam tadi.

Sofian yang berucap di depan hampir 300 hadirin menjelaskan dengan mengundi calon BN Ramli Mohd Nor, mereka membalas bundi penyokong Umno yang mengundi untuk lapan Adun PAS di Pahang.

“Bagi kami wakil rakyat, kami dapat undi daripada Umno. Kerana itulah kami boleh duduk di sini. Saya gesa anda untuk undi BN kerana mereka undi kami pada PRU14, jadi kitab alas balik dan undi calon mereka,” kata Sofian yang turun berkempen dengan rakan parti yang lain termasuklah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Ismail dan tujuh lagi Adun PAS Pahang.

“Jadi ingat, kita balas balik dan undi dia. Jika kita tak undi BN, orang Melayu akan lemah. Jadi setialah kepada apa yang presiden kata Sabtu lepas dan undi Ramli.”

Tambahnya lagi, PRK itu juga adalah amaran kepada Pakatan Harapan yang semangat Melayu Islam masih kuat walaupun BN kalah pada PRU14 lalu.

“Ini adalah amaran kepada PH, sebagai orang Melayu Islam, kita belum mati dan kita boleh bawa dia (Ramli) ke Parlimen.

“Bila kita undi BN kita kurangkan kuasa PH. Dengan letakkan Ramli, kita kuatkan wakil Melayu di Parlimen.”

Ramli berdepan cabaran calon PH M Manogaran dan dua calon Bebas – Wong Seng Yee and Salehuddin Ab Talib. – 23 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen