Masing tolak hasil kajian Merdeka Center berhubung sokongan pribumi terhadap GPS


Desmond Davidson

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, pengundi menolak kempen DAP untuk menumbangkan bekas perdana menteri Najib Razak dan memilih kempen BN Sarawak untuk memperkukuhkan tuntutan mereka bagi mengembalikan hak dalam Perjanjian Malaysia 1963.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Januari, 2019

PILIHAN raya Sarawak akan datang ditentukan oleh rakyat negeri itu bagi mempertahankan hak mereka, kata Timbalan Menteri James Masing yang menolak dapatan kajian Merdeka Center bahawa kerusi majoriti masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di negeri itu bukan lagi “kerusi selamat” untuk parti pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata, sentimen untuk pilihan raya negeri akan berbeza berbanding Pilihan Raya Umum ke 14 Mei lalu.

Pengarah eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian, ketika bercakap pada seminar bertajuk “PRU14: Satu Analisis”, berkata data awal daripada PRU14 menunjukkan penurunan sokongan daripada masyarakat berkenaan kepada GPS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ibrahim berkata, dapatan itu berdasarkan keputusan PRU14 adalah sokongan daripada masyarakat Orang Ulu, Bidayuh dan Iban iaitu kira-kira 50% kepada GPS yang terdiri daripada gabungan empat parti sedangkan sebelum ini, ia adalah 55-60%.

Empat parti berkenaan, PBB, PRS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), pernah menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional.

Ibrahim berkata, memandangkan sokongan daripada masyarakat Melayu-Melanau kepada PBB hanya menurun kira-kira 1-2% dan 5-10% adalah daripada kerusi Bumiputera bukan Islam, justeru kerusi Dayak tidak lagi selamat.

Pada PRU14, gabungan PBB hilang 12 kerusi.

Masing berkata, Merdeka Center dilihat menggunakan kayu ukur berbeza dalam hasil dapatan mereka.

“Pilihan raya negeri 2021 merupakan ujian mudah: Adakah kamu rakyat Sarawak yang mempertahankan hak Sarawak?

“Ia perkara antara Malaya dan Sarawak. Ia satu hujah politik yang mudah.”

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, pengundi menolak kempen DAP untuk menumbangkan bekas perdana menteri Najib Razak dan memilih kempen BN Sarawak untuk memperkukuhkan tuntutan mereka bagi mengembalikan hak yang terhakis serta pematuhan kepada Perjanjian Malaysia 1963.

DAP kehilangan separuh daripada 12 kerusi yang disandang mereka sebelum pilihan raya. – 19 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • PASTIKAN YANG MEMERINTAH SARAWAK PARTI TULIN ORANG SARAWAK, JIKA PARTI MALAYA YANG MEMERINTAH SARAWAK TUNTUTAN HAK MA63 SEMAKIN SUKAR. JIKA GPS DAN GBS MENANG SEMUA KERUSI PARLIMEN YANG BERJUMLAH 55 KERUSI PARLIMEN MAKA GPS+GBS AKAN JADI "KING MAKER" YANG MENENTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, MAKA SEMAKIN MUDAH UNTUK TUNTUT HAK MA63. INSAFLAH SELAMA 55 TAHUN JANJI- JANJI MANIS BN, DAN PASTINYA JANJI MANIS PAKATAN LEBIH HEBAT LAGI MEKAR DAN MEGAH MELEBIHI 55 TAHUN

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh FAIZ SUHAIMI · Ulasan